Wednesday 31 October 2012

Doa Untuk November 2012 dan seterusnya IKHLAS dr Azmi Alias




Ya Allah tambahkanlah segala kekurangan dalam diriku agar aku menjadi insan yg sempurna dipandanganMU & begitu juga orang2 disekeliling ku , Pertambahkan lah rezeki kami dan permudahkan lah perjalanan kami dan sempurnakanlah iman kami dan perelokkan apa yg cela sebelum ini agar aku dan orang2 disekelilingku mendekatiMU dengan ikhlas & beramal dengan niat yg suci keranaMU khusunya pada keluargaku dan orang2 yang aku sayang serta seluruh UMAT ISLAM dipelusuk dunia yg msih hidup & bagi yg telah meninggal dunia tenteramkanlah roh2 mereka Ya allah yg Maha Mendengar :) Amin...

Monday 29 October 2012

BERSEDIAKAH AWAK TANGGUNG DOSA SAYA ?? Jawab Dalam hati Guna Akal & Iman kita :)


aslkum Kepada pembaca Blog azmi-alias.blogspot.com , harap anada semua dalam keadaan sihat baik dan sejahtera hendaknya amin..layankan ajeeee perkongsian penulisan blog ini yee 







Cinta: Rumahtangga Itu Bukan Sekadar Di Waktu Muda Dan Bahagia.

NIKAH.



moga sampai syurga..
Bakri Setapa memimpin tangan isterinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya ..


Saya masih  belum mendirikan rumahtangga. Tetapi saya senang untuk belajar dengan melihat fenomena dari manusia-manusia di sekeliling.


Antara yang selalu membuatkan saya tertanya ialah, apa ya kekuatan pasangan suami isteri itu jika tiba-tiba suatu hari nanti, cinta yang mewarnai alam rumahtangga itu tiba-tiba hilang tidak muncul-muncul?


Tambah-tambah untuk pasangan yang memilih untuk berkahwin awal. Maka tempoh rumahtangga itu akan semakin panjang.


Lantaran menjadi lambakan isu penceraian hari ini adalah akibat cinta yang menjadi tunggak itu roboh lazimnya selepas tempoh bulan madu yang indah itu berlalu. Maka timbul rasa jemu, bosan, ternampak kecacatan, muncul percikan perselisihan sehingga menjadi api yang membara, pudar kecantikan pasangan sehingga kecantikan luar mencuri perhatian dan sebagainya.


Kerna rumahtangga itu bukan sentiasa tenang dan nyaman. Ribut, taufan, ombak dan gunung berapi sentiasa mencuri intai untuk menggoncang menguji. Bahkan, pasangan kita bukan robot yang statik kebaikannya dan muda selama-lamanya. Mereka tetap manusia yang punya mood turun naik, jatuh bangun sekaligus semakin dibaham usia.


Lantas apa ya kekuatan untuk menjadikan ikatan itu tidak putus-putus selamanya dengan izin Allah?




serius antara fenomena yang sangat comel ialah melihat pasangan warga emas yang masih saling setia 
melengkapi kehidupan masing-masing ^^.

Cinta: Asaskannya Dengan Pasak Taqwa. 


Jawapannya saya dapat daripada artikel di atas, iaitu cintailah dia (pasangan anda) dengan taqwa. 


Taqwa yang akan membuatkan kita sentiasa takut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah dengan menzalimi pasangan kita. 


Taqwa yang membuatkan kita sentiasa berhati-hati menutup diri agar tidak berlaku curang kepada pasangan meski kelihatannya yang di luar lebih indah.


Taqwa yang membuatkan kita sentiasa mahu memberikan yang terbaik lantaran yakin akan ganjaran syurga di sisiNya dan bukan sekadar melihat perkahwinan sebagai tiket untuk menerima sebanyak-banyaknya. 


Taqwa yang membuatkan kita teliti dalam menjaga hati pasangan meski ada ketikanya tindakannya tidak kita gemari.


Taqwa yang membuatkan kita bersungguh-sungguh menyuburkan rasa cinta kepada pasangan meski jika suatu saat itu apinya makin malap lantaran kita tahu bahawa tuntutan untuk mencintainya itu adalah ibadah.


Taqwa yang membuatkan kita mahu menjalani kehidupan sebagai seorang muslim bersamanya sepanjang hayat sehingga melangkaui dimensi iaitu bersamanya di dalam syurga Allah nanti.


Taqwa yang membuatkan kita melihat rumahtangga itu sendiri adalah sebahagian daripada kewajipan sebagai seorang muslim (yang telah berkahwin) yang perlu dilaluikan dengan penuh syukur iman sepertimana kita melaksanakan kewajipan-kewajipan lain seperti solat, puasa dan haji.


Dan bagaimanakah untuk meraih taqwa ini?


Pastilah dengan kembali kepada Allah dalam seluruh 3ubudiah kita. Sangat mustahil jika kita mahukan keyakinan dalam keadaan hubungan kita dengan Allah lemah dan kontang.




mengikut alQurtubi yang mencatatkan komentar Ibnu Abbas r.a. mengenai maksud mawaddah ialah:

"cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya" dan rahmah membawa erti "cinta itu rahmah bukan sampai menderita dan mengalami kesusahan".


membuatkan saya terfikir, adakah lelaki ini memang kasihnya susah untuk setia? sehingga ayat yang lazim kita ucapkan dalam sebuah rumahtangga iaitu mawaddah wa rahmah ditujukan untuk mereka sebenarnya? hm.


Penutup: Cinta Dan Sayang Itu Bukti Kebesaran Allah. 


"Dan antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan berpasang-pasangan bagimu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa aman kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir" (21: 30)


Telah jelas dalam titipan cinta Allah bahawa perasaan kasih dan rasa sayang itu adalah salah satu bukti kebesaran dan kehebatan kuasa Allah.


Malah Dia lah yang menciptakan pasangan-pasangan manusia, lelaki dan wanita untuk saling cenderung, saling mententeramkan serta saling melengkapi.


Itulah fitrah penciptaan.


Bermakna, fitrah rasa cinta dan kasih itu adalah SEBENARnya sebagai daya tolak untuk lebih menjadi hamba kepada Allah, Pemilik diri kita dan Pemilik dunia ini sekaligus memacakkan rasa kerdil dalam diri kita. Bukan untuk kita kotori dengan kemaksiatan kepada Allah. Apatah lagi untuk kita lihat hanya sebagai noktah pendek yang tamat dengan sebuah perkahwinan. Selesai berkahwin, maka telah memenuhi matlamat cinta.


Tidak. Bukan itu sama sekali.


Maka, mari sama-sama kita mulakan dengan sungguh-sungguh menjadi hamba Allah yang sebenar dalam ketaatan, kepatuhan, dan 3ubudiah.


Semoga Allah redha insyaAllah.




sayang itu tidak perlu seperti kopi yang menyelerakan ini. Cantik dan sedap. 
Namun, selesai dicicip habis, maka habislah kopi.


nota kaki:
-satu doa saya untuk kalian:




"semoga tangan yang digenggam ketika majlis itu digenggam sungguh-sungguh untuk selamanya iAllah. ^^."


Dan minta maaf jika saya lebih gemar berkongsi kemungkinan-kemungkinan negatif yang mungkin di luar jangkauan kalian apabila kalian meminta pandangan dan perkongsian kerana tidak mahu kalian terkejut suatu hari nanti...


Semoga belum terlambat.


Hasil : Perkongsian Blogger :)

Sunday 21 October 2012

PENDAPAT : MENGENAI MENCINTAI SESEORANG DLM DIAM KERANA ALLAH :)

Aslkum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot , saya harap anda semua dalam keadaan yang diredhai Allah s.w.t dan serta dipermudahkan tugas dan tanggungjawab yang digalas dan bakal digalas dapat dijalankan dengan tenang dan terbaik sehingga kita mendapat berkat dan keredhaan Allah s.w.t Amin...Oleh itu layan kan ajee ye niii ..hahaha



Kalau kita sukakan seseorang ,jangan beritahu si dia...

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ,Tapi luahkan pada Allah
beritahulah Allah.. ...Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.....

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)







SEKIAN : TERIMA kASIH kerana MEMBACA BLOG azmi-alias.blogspot.com (by: C&P)

Saturday 20 October 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita Wallahualam :)




10 Petanda Dia Jodoh Kita

by Azmi Alias on Oktober 20, 2012

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh  dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday 12 October 2012

My ALAF 21 ( 5 Novel terbaru )

KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.

Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.


Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.


Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri. Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?

Tajuk: Kala Mimpi Bersatu
Penulis: Emma Maizura
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-393-0
Halaman: ~512

Novel KALA MIMPI BERSATU telah berada di pasaran sejak Oktober 2008. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1092 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)








AMIE NAJLA nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu dalam terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali 

ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa.

Tajuk: Rindu Untuk Dia
Penulis: Dhiya Zafira
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-448-7
Halaman: ~512

Novel RINDU UNTUK DIA telah berada di pasaran sejak Ogos 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1068 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)






SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.

Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.


Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yu

suf yang merupakan pelajar senior di situ.

Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.

Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

Tajuk: Makna Cinta
Penulis: Maria Alina
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-449-4
Halaman: ~512

Novel MAKNA CINTA telah berada di pasaran sejak September 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1069 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)






MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri h

ati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.

Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?

Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...

Tajuk: Saksi Cinta
Penulis: Wana Amani
Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-457-9
Halaman: ~488

Novel SAKSI CINTA telah berada di pasaran sejak September 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1075 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)







TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bers


ama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Tajuk: Yang Sebenarnya
Penulis: Aisya Sofea
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-474-6
Halaman: ~512

Novel YANG SEBENARNYA telah berada di pasaran sejak Oktober 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1642 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)






SOAL jodoh dan perjalanan hidup manusia ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Pelbagai dugaan diberikan untuk melihat sejauh mana manusia itu bersabar dalam menghadapi ujian-NYA.

Begitulah hitam putih kehidupan yang telah dilalui Lidyahani. Perkahwinannya dengan Idham yang panas baran dan kaki pukul menyebabkan dia merana dan hidup dalam ketakutan. Kekecewaan dan penderitaannya sebagai seorang isteri yang tidak bahagia telah menemukan dia dengan Syamil, yang berstatus suami orang mel
alui internet.

Tewas melawan fitrah seorang wanita yang mahu dikasihi dan dicintai, perasaan Lidyahani terhadap Syamil semakin mendalam. Hubungan ini diketahui oleh Idham dan dia dipaksa melupakan lelaki itu. Hati Lidyahani terus terluka bila cinta Syamil hanya kerana wang ringgit. Tapi, dia redha andai itu sudah tersurat dalam hidupnya.

Tajuk: Redha Takdirmu
Penulis: Juriah Ishak
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-567-5
Halaman: ~512

Novel Nur REDHA TAKDIRMU telah berada di pasaran sejak Jun 2010. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2619 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)





















Tuesday 9 October 2012

AURAT WANITA MASA KINI ...DEPAN BUKAN MAHRAM !!!

Aslkum dan salam sejahtera  kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com, Azmi harap anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya kita semua serta dipermudahkan segala tugas2 yg akan dilakukan atau sedang dilakukan amin...:)

Terlebih dahulu azmi nak ucap Terima kasih kepada kwn2 yg telah menjadi pembaca setia blog azmi-alias.blogspot.com dan kepada yang baru SELAMAT DATANG harap anda selesa dengan idea2 dan topik yang akan dibincangkan atau dikupas dalam penulisan blog Azmi .

Topik hari ini : ialah mengenai " PENJAGAAN AURAT WANITA MASA KINI "









Sepertimana kita tahu kepada muslimin dan muslimat "AURAT" adalah bahagian pada tubuh badan manusia yang sekiranya ianya dipamerkan kepada bukan mahramnya ianya dikira DOSA , dan dosa itu adalah sesuatu yang mempunyai balasan azab seksanya sekiranya kita tidak meminta pengampunan atau TAUBAT kepada Allah s.w.t dengan segara dan tetapi jangan lah kita setelah bertaubat dan melakukan kesilapan itu lagi dan kesilapan2 kesilapan dosa yang lain...Oleh itu tanpa melengahkan masa isu AURAT yang saya nak sentuh adalah menegnai aurat wanita masa kini ,,,Pada penglihatan Azmi mungkin anda semua juga yee perhatikan baik2 SESETENGAH wanita yang bertudung (hijab) sekrang ni kan memang pelbagai fesyen tudung yang digunapakai oleh wanita2 untuk menutup aurat dikepalanya akan TETAPI yang merisaukan saya dan kita semua adalah AURAT pada bahagian tubuh dan lain2 yang ianya dikategorikan sebagai aurat bagi wanita kurang diambilkira oleh SESETENGAH wanita masa kini Contohnya ( Saya Minta maaf kalau tersilap kata ) :-

1) Bertudung elok dah TETAPI pakaian seperti BAJU ketat dan seluar sendat adakah ianya dikira telah menutup aurat atau menjaga auratnya WALAUPUN mereka telah berhijab ( Tudung) disarungkan di kepala mereka jadi macam mana tuuu ?? fikir2kan yee
2) yang dah bertudung elok tetapi sekajap pakai sekajap terbuka tudungnya ..dihadapan bukan mahramnya mcm mana tuu KALAU kat rumah tu xpelah sayang ...
3) Orang yang menjuaql tudung TETAPI dia x pakai tudung ,,yang ni masalah dia lah kan TAPI kalau nampak tegur DENGAN cara yang elok dan lemah lembut yee , bukan apa nak mengingatkan jee

inilah antara perkara yang boleh saya perkatakan dan kongsikan kepada anda semua pembaca blog azmi-alias.blogspot lagi2 yang bergelar wanita hehehehe ...bukan apa RUGI tau kita memang rasa kita dah tutup AURAT tapi masih tak lengkap penutupannya then INILAH masanya nak tutup sedikit demi sedikit dan kepada mereka yang masih belum menutup aurat tuuu BELAJAR2 la yee sementara masih ada masa ni insyallah kalau ada niat yang baik ikhlas betul2 tuhan tu akan bagi HIDAYAH satu hari nanti dan Azmi doakan kepada semua Wanita diluar sana TUTUPLAH AURAT Demi ALLAH tau bukan selain ALLAH or takut nak marah ke pakwe lari hehehe guarau2 ye .Ingat tau kata2 ni ..: Bertudunglah walau TERPAKSA.
Solatlah walau TERPAKSA.,Puasalah walau TERPAKSA...Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu,perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya...


Tips pada diri sendiri dan lelaki semua : 

perempuan jangan marah tauuu heheh , ni tips jeee ..

- Kawan2 zaman sekarang ni ramai perempuan bertudung kan dengan macam2 fesyen kan ?? jadi Carilah gadis yg memakain stokin dikakinya dan dilengannya setiap masa dia berada dengan bukan mahramnya ..Zaman sekarang ni ramai saja orang yg bertudung , tetapi sedikit dari mereka ni yang bermujahadah dalam menitik beratkan soal AURAT . bagi yang belum berstokin masih belum terlambat dan pada yg belum bertudung & tutup aurat belajar-belajar lah yer sebab esok nanti tutup habis tau ...Sekurang2nya kita tak terkejut apabila Roh dan Jasad kita terpisah suatu hari nanti yang tak tahu bila dan dimana inaya nanti untuk setiap kita yang berjiwa ..
- PLEASE yer muslimah belajar-belajar lah jadi solehah dengan IKHLAS jangan malu untuk berubah dengan sekeliling TAPI Malulah kalau anda tak berubah dihadapan Allah dan sesungguhnya masa ada waktu untuk kita semua BERUBAH pada yang lebih baik dan kita mesti YAKIN bahawa ALLAH itu Maha pengampun lagi Maha Pengasih dan Penyayang ..:) Sekian Wassalam dari Azmi Alias

Ikhlas : Dari Azmi Alias untuk semua dan digalakkan penulisan saya ini untuk disebarkan saya tidak melarang sama sekali TAPI jangan membuat sebarang perubahan pada penulisan BLOG Azami yer :) 

Tarikh : 10/10/2012 ( RABU) 2.11 pm

Tuesday 2 October 2012

Seorang Peternak AS Dimakan Babinya Sendiri






OREGON, Pihak berkuasa AS sedang menyiasat bagaimana seorang penternak di negara itu boleh dimakan oleh babi-babi peliharaannya sendiri.

Sebuah pejabat kejaksaan wilayah berkata, Terry Vance Garner yang berusia 70 tahun tidak kembali setelah ia berangkat untuk memberi makan ternakan-ternakannya itu pada Rabu (26/9/2012) minggu lalu di peternakannya di dekat pantai Oregon.


Seorang kerabat kemudian mencari gigi palsu dan potongan tubuh Garner di kandang babinya, tetapi sebahagian besar jenazahnya telah dimakan babi-babi itu.


Pejabat peguam itu dalam satu kenyataan mengatakan bahawa munkin saja Garner mengalami konsisi kecemasan perubatan, seperti serangan jantung, atau diterjang babi-babi itu sebelum ia terbunuh. Namun, pihak pejabat itu belum mengesampingnya kemungkinan adanya tindakan jenayah.


Pihak berkuasa menganggarkan babi-babi itu beratnya masing-masing 320 kilogram. Pejabat kejaksaan wilayah itu berkata, seekor babi penah menggigit atau berlaku agresif terhadap Garner sebelumnya.


Monday 1 October 2012

Jangan Membenci Seseorang dengan 1 keburukan selagi kita x nampak 1000 kebaikannya :) khusus untuk lelaki dan wanita yeee




                                                                    

                                                               


Aslkum kepada semua pembaca Blog azmi-alias.blogspot.com , harap anda dalam sihat sejahtera dan diberkati ALLAH SERTA KITA SEMUA AMIN....hari ini topik perbincangan azmi adalah seseorang lelaki mukmin dan perempuan yang beriman di sisi Allah s.w.t ....ok azmi mulakan yeee :)


Tahukan anda apa yang dimaksudkan itu lelaki mukmin ??


: Lelaki mukmin adalah lelaki yang sejati , lelaki islam yang menjalankan segala perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya ...Pelbagai ciri2 yang terdapat pada seseorang lelaki mukmin boleh dikatakan ciri2 semua wanita la kebanyakannya positif antaranya Boleh membimbing wanita ke jalan yang lebih baik dan tidak terpesong ...seseorang lelaki mukmin tidak akan sempurna atau hebat sekiranya >>>seperti di bawah:-

Seorang lelaki mukmin yang sejati tak akan pernah membenci orang perempuan yang beriman sebagaimana sabda rasulullah SAW, 'لا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ' Lelaki yang beriman tidak akan membenci orang perempuan yang beriman kerana jika dia tidak menyukai sebahagian daripada sifat perempuan tersebut maka dia pasti akan menyukai sebahagian daripada sifat yang lain pula. [riwayat Muslim no. 1469] Tidak ada manusia yang sempurna sebab itu ada kalanya Allah menjadikan pada kelemahan seseorang itu terdapat peluang untuk pasangannya memperolehi kebaikan yang banyak !


Oleh itu sedikit sebanyak ilmu yang boleh azmi kongsikan untuk kegunaan semua , yang baik datangnya dari Allah dan sebaliknya atas kejahilan diri azmi ... sama2 lah kita perbaiki diri kita hari demi hari supaya menjadi hamba kesayangan nya insyallah dan dipermudahkan kita untuk ke syurga Allah s.w.t amin....mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang didalam penulisan blog ini terdapat perkataan yg boleh mengguris dan apa sahaja yg buat terasa hati , saya sudahi dengan wasalam:)


Ikhlas : dari azmi-alias.blogspot.com