Monday 29 July 2013

Contoh Surat Berhenti Kerja Paling Hampeh


 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com ..jom layan isni hari bekerja .orang sibuk2 nak kerja ..meh tgk sorang ni berhenti kerja ..korang tengoklah surat berhenti kerja dia hahaha layan...


Contoh surat berhenti kerja seorang operator pengeluaran kilang elektronik. Time nak kerja semua sanggup buat dah kerja tak tahan mula kutuk macam-macam. Biasa la tu kalau dah makan gaji, kalau tak nak makan gaji boleh la berniaga sendiri ke. Apapun, korang layan la surat ini.

NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5′S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII… … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja
jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter
pulakk… ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH
TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak
marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH…

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan……Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … … … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … … … …

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Sumber: other blogs..

Sunday 28 July 2013

Kesan terbakar di tempat Fathullah maut dalam kemalangan berhampiran Penjara Pokok Sena. -Foto Sharul Hafiz Zam/bh] Pelajar Tingkatan 3 maut, askar parah motosikal bertembung

Alor Setar: Pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payung, Pokok Sena, dekat sini maut, manakala seorang anggota tentera cedera parah apabila motosikal mereka bertembung di persimpangan Penjara Pokok Sena, dekat sini, malam kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Fathullah Mohamad, 15, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan manakala anggota tentera itu, Rizal Ahmad, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.


Fathullah menunggang untuk pulang ke rumahnya di Kampung Padang apabila cuba memotong kenderaan lain dan bertembung dengan motosikal Rizal kira-kira jam 10 malam.

Remaja terbabit dikatakan keluar rumah jam 6 petang untuk membeli alat tulis untuk peperiksaan percubaan Penilaian Penengah Rendah (PMR) hari ini selain bertemu rakan.

Pelajar harapan




Ibu saudara mangsa, Fathiyah Abdullah, 35, berkata arwah adalah pelajar harapan sekolah kerana sering memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Beliau berkata, anak kelima daripada enam beradik itu tinggal bersamanya sejak setahun lalu selepas kehilangan ibu kandung.

“Selepas kematian ibunya arwah yang juga anak saudara saya tinggal bersama kami kerana bapanya sibuk menjalankan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.

“Namun saya tidak sangka ia adalah pertemuan terakhir kami dan arwah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. Dia pelajar harapan sekolahnya kerana prestasi yang cemerlang setiap kali peperiksaan.

“Sebelum kejadian arwah juga sempat memohon maaf daripada adik beradik dan rakannya dan sering menulis di laman Facebook mengenai kerinduannya terhadap ibu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Pokok Sena dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mat Jan, berkata sebuah motosikal terbabit terbakar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

mutiara kata yang terlintas di fikiran:)

 Assalamualaikum semua....hari ini hari Ahad ( 28/7/2013 ) dah lama x update blog ni..cer tengok madah2 sikit and kata2 hikmah heheheeh layan....>>>>


Ya Allah, kurniakan aku dan hamba2mu rasa jijik untuk lakukan maksiat... Dan rezekikan aku dan orang2 yang kusayang dan muslimin muslimat keinginan yang membuak-buak untuk istiqamah melakukan amal soleh , amin...Kalau kita menulis,sebab nak orang sedar kewujudan kita,maka itulah yang kita akan dapat..Tapi kalau anda menulis,sebab nak sedarkan orang tentang kewujudan Allah,
maka inshaAllah ada ganjaran yang lebih baik nanti.wallahualam:)