Assalamualaikum kepada pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , hari ini hari isnin 20/4/2013 tinggal lagi 79 hari sahaja lagi insyallah kita akan ke bulan ramadhan yang dinanti2 kan insyallah . saya harap apa yg kita cadang dan impikan tercapai serta dipermudahkan segala urusan harian kita insyallah amin...hari ini azmi nak kongsi satu kisah mengenai " manusia terakhir masuk ke syurga " hayatilah kisah ini
Bismillah..........Bacalah,,,
Ya Allah .....
cahaya perjalananku.....
Allah maha besar.....
Masyallah .........
hamba paling terakhir ke syurga...masyallah
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?" Jawab mereka itu: "Tidak!". Berkata pula Rasulullah s.a.w: "Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?" Jawab mereka itu: "Tidak tuan!" Maka berkata Rasulullah s.a.w: "Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak."
Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau:
"Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia." Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu'min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.
Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu." Maka jawab mukminin: "Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya."
Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mukmin: "Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya." Berkata pula Rasulullah s.a.w "Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!"
Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa'dan. Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir:
"Adakah kamu pernah melihat sa'dan?"
Jawab mereka:
"Ya!" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan."
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah" dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.
Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.
Kemudian Allah berkata kepadanya:
"Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?"
Jawab orang itu:
"Tidak!"
dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya:
"Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!"
Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.
Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. "Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!" kata Allah Taala kepadanya. Jawabnya: "Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka." Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah Taala seraya bertitah: "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!"
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah:
"Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!"
Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya:
"Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Dalam hadith lain diceritakan:
Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
azmi-alias.blogspot.com
Sekian, Terima kasih
Harap anda mendapat sedikit sebanyak ilmu yang sedikit saya kongsikan ini untuk kita sama2 manfaatkan nya serta menjadi ssalah satu suntikan motivasi kita menjadi hamba kesayangan allah dari sebelum ini sekiranya kita jauh dari sang Pencipta insyallah ..TERIMA KASIH kerana membaca :))
Sunday, 21 April 2013
Saturday, 20 April 2013
Bahagian Masing-Masing , Subhanallah :)
Assalamualikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan kita semua sentiasa dalam keadaan yang diberkati Allah insyallah amin..jom layan kisah ni ye , letakkan diri anda dalam situasi ini insyallah akan memperolehi seseuatu yang ada tidak terpikir selama hari ini dan insyallah ianya akan mendatangkan kebaikan pada kita justeru dapat mendekatkan diri kita dengan Tuhan ( Allah ) ..Layan..
~ anak yatim melukis gambar ibunya ini di lantai dan tidur disebelahnya ~
gambar yang menyayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di PALESTIN ,, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya ,, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu ,, - Nourislam.com
tak boleh dibayangkan ,, berapa banyak titisan air mata anak ini tumpah untuk sekadar melukis gambar ibunya ini di lantai sebelum ia tidur ,, hanya gambaran ibunya dalam benaknya saja ,, sebab gambar pun tak sempat ia simpan dan miliki ,, entah kemana tersebab perang .. tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum ,, sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi "mama" ..
kisah seorang anak kecil yang melukis IBU nya pada sebuah tingkat ini menggambarkan kepedihan seorang kanak-kanak yang begitu merindukan kasih sayang seorang ibu ,, ibu kanak-kanak ini meninggal dalam sebuah peperangan di negeri para NABI di PALESTIN ,, sang anak tinggal di sebuah rumah yatim piatu di PALESTIN yang mungkin di rumah yatim ini banyak anak-anak yang menjadi mangsa ditinggalkan ibu bapanya akibat perang yang tiada berkesudahan antara PALESTIN dan israel ,, mereka adalah anak-anak mangsa kekejaman israel ,, mereka anak-anak yang tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu ,, mereka hanya ingin hidup damai layaknya anak-anak yang lain ..
bagi anak-anak yang masih mempunyai kedua orang tua syukurilah dengan sebenar-benarnya ,, jangan sia-siakan pengorbanan dan kasih sayang mereka ,, berbaktilah dengan sepenuh jiwa raga kita ,, baik dengan doa untuk kebaikan kedua-dua orang tua mahupun dengan pembuktian pemelihaaraan kita sebagai anak dihari tua kedua-dua orang tua ,, ibu bapa kita jangan sia-siakan ..
berbaktilah pada orang tua kita ,, datangilah mereka untuk mintakan keredhaan dan pintu maafnya selama nafas mereka masih ada ,, ukirlah senyum di wajah mereka ,, kemudian berlaku lemah lembutlah kepada anak-anak yatim dan dhu'afa ,, santunilah mereka ,, kerana hampir-hampir saja syurga berada di sekitar mereka sebagaimana sabda Nabi kita tercinta ..
ingatlah bantu mereka anak-anak mangsa perang PALESTIN ,, SYRIA dan lain dengan cara sisihkan sebagaian harta kita buat mereka ,, mereka perlu hidup layaknya anak anak yang mempunyai ibu bapa ,, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita ,, hanya saja mereka tak punya tempat untuk berlindung dan berteduh di dalam sebuah kasih sayang ,, dan jika kita diberi kemampuan oleh ALLAH s.w.t mari menjadi IBU dan BAPA bagi mereka ,, kalau bukan kita siapa lagi ..
doakan kebahagiaan IBU BAPA kita dan IBU BAPA mereka disana ,, jangan lupe klik "LIKE" dan "SHARE" agar teman2 kita yang lain lebh menyayangi IBUBAPA mereka setelah menbaca kisah yang amat menyentuh hati ini ..
Sekian , terima Kasih :)
azmi-alias.blogspot.com ( 20.4.2013)
Friday, 19 April 2013
Coretan Hidup Azmi....JUMAAT 19/4/2013
Azmi Alias
Sekian , Terima Kasih :)
azmi-alias.blogspot.com
Tuesday, 16 April 2013
Lebih baik jadi ANAK MAK daripada jadi ANAK DERHAKA
Anak mak ..sejuk je dan sayu tgk gamba nie
Masyallah.....
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , harap kita semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya insyallah dan dipermudahkan segala urusan kita hari demi hari amin..hari ini saya just nak kongsi sedikit informasi yg mungkin segelintir atau kesemua dari anda sudah mengetahu apakah manfaat sekiranya kita mendengar cakap mak atau ibi kita " ANAK MAK " ..kadang kadang sekeliling kita pernah berkata eleh naka mak duduk bawah ketiak la , apalah , macam macam yg kita dengar.layan je poiunt2 ini
1. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu
2. Redha Allah, terletak kepada redha ibu bapa
3. Salah satu perkara yang kita pandang dan dapat pahala ialah ibu
4. Setiap waktu solat, doalah untuk ibu dan bapa kita
5. Bila mak ayah redha dengan apa yang kita buat, InsyaAllah, kehidupan akan menjadi lebih lancar
6. Ibu bapa tidak maksum, get used to it, maafkan kesalahan mereka
amacam kawan2 nak jadi anak mak tak ??? jadilah anak yang soleh dan solehah jangan jadi anak yang derhaka tau kalau dah pernah melawan sebelum ni minta maaf insyallah ok punya...harap anda semua mendapat informasi yang berguna dari blog ini amin :) sayangi keluarga kita dan orang2 tersayang
Sekian , terima Kasih !!!!
Sunday, 14 April 2013
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog setia azmi-alias.blogspot.com dan pembaca baru welcome !!! harap segala yg kita rancang hari ini dan segala apa yang kita lakukan dan ingin dilakukan harap dipermudahkan amin..insyallah :) hari ini azmi nak berkongsi mengenai sesuatu life cycle manusia iaitu yang sudah berkahwin insyallah kita semua akan mengalaminya..layan kan ajeee
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang ...lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
harap anda semua mendapata informasi yang berguna , apa je ilmu yang ada saya rasa nak kongsia saya kongsia and harap anda terhibur dan terjah blog SIMPLE saya ini wasalam & salam 1 malaysia !!!
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang ...lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
harap anda semua mendapata informasi yang berguna , apa je ilmu yang ada saya rasa nak kongsia saya kongsia and harap anda terhibur dan terjah blog SIMPLE saya ini wasalam & salam 1 malaysia !!!
Madahku untuk semua !!! :)
Bersabar dan bertabahlah wahai hati.. Hebat
manapun dugaan itu, pasti akan terselit kemudahan.. Kita bukan hebat
mengubat kedukaan, tapi Allah SWT yang tak pernah membiarkan kita
berseorangan.. Dia yang Maha Hebat merawat duka nestapa kerana padaNYA
ada penyembuh segala penyakit kedukaan....Ya Allah ..kawan2 Dalam seribu kejahatan akan ada satu
kebaikan... Dalam seribu kebaikan akan ada satu keburukan. Biasanya yang
satu itu yang dipersoal manusia...dan Kadang2 kita tak sedar , dengan hanya sepotong ayat ,kita mampu membuatkan seseorang terluka sepanjang hayat ....
Subscribe to:
Posts (Atom)






