Sunday, 28 August 2011

Marilah kita memahami erti Aidilfitri ( Sumber diambil ari semua sudut) En.m.Shauki aBD mAJID & aZMI ALIAS

nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.
Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.
Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali mereka dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. “Tidakkah Aku Tuhanmu?� Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini. (maksud al-Quran surah al-Araf ayat 172).
Fitrah juga berkait dengan hanif. Ertinya suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.:
Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dan dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada. (HR Ahmad).
Maksud dosa dalam hadis tersebut adalah sesuatu yang dirasakan bertentangan dengan hati nurani. Oleh kerana itu, ketika ada polemik mengenai Ibrahim, di mana orang Yahudi mengatakan bahawa Ibrahim ialah orang Yahudi dan orang Nasrani mengatakan bahawa Ibrahim adalah seorang Nasrani, maka al-Quran mengatakan:
Ibrahim bukan orang Yahudi dan bukan pula orang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali dia bukanlah termasuk golongan orang-orang musyrik. (al-Quran surah ali-Imran ayat 67).
Iaitu seorang yang hidupnya digunakan untuk mencari kebenaran dengan tulus dan ikhlas. Tanpa semangat golongan atau kumpulan tertentu. Diiringi dengan muslimat, sambil pasrah kepada Allah.
Dalam firman Allah yang lain disebutkan bahawa agama yang benar tidak lain adalah asal kesucian manusia iaitu fitrah. Dalam surah al-Rum, ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud:
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. (maksud surah ar-Rum Ayat 30).
Tahun boleh berganti, zaman boleh berubah. Milenium boleh bertukar dari milenium kedua sampai ketiga. Tetapi manusia tetap sama selama-lamanya sesuai dengan disain Allah. Manusia merupakan makhluk yang selalu merindukan kebenaran dan akan berasa tenteram apabila mendapatkan kebenaran itu. Sebaliknya, kalau dia tidak mendapatkannya, akan gelisah.
Jadi menurut firman Allah di atas, agama yang benar ialah kemanusiaan primordial (asal). Primordial ertinya sesuatu yang asli, yang berasal dari pokok atau pangkal. Aidilfitri adalah hari raya untuk merayakan kembali fitrah, setelah kehilangan dan ditemui kembali. Hal itu kerana adanya ibadah puasa.
Quraish Shihab dalam bukunya Membumikan al-Quran berpendapat seseorang beraidilfitri dalam erti “kembali ke kesuciannya� akan selalu berbuat yang indah, benar dan baik. Ini adalah kerana kesucian merupakan gabungan dari tiga unsur tersebut (indah, benar dan baik). Melalui kesucian jiwanya, seseorang akan memandang segalanya dengan positif. Ia selalu berusaha mencari perkara-perkara yang baik, benar dan indah kerana ia akan melahirkan seni; mencari yang baik menimbulkan etika; mencari yang benar menghasilkan ilmu. Dengan pandangan yang demikan ia akan menutup mata terhadap kesalahan, kejahatan dan keburukan orang lain. Kalaupun itu terlihat, selalu dicarinya nilai-nilai positif dalam sikap negatif tersebut.
Perlu ditegaskan bahawa perayaaan Aidilfitri sejati merupakan satu kemenangan secara batiniah atau rohaniah. Justeru itu ia harus direfleksikan di dalam peningkatan kualiti perilaku beragama; keimanan yang bertambah kuat dan ketakwaan yang semakin menebal. Kita renungi syair Arab;
“Bukanlah hari raya Aidilfitri bagi orang yang berpakaian dan perabot rumahnya serba baru, namun hari raya Aidilfitri adalah bagi orang yang beriman dan ketaatannya bertambah.�
Sewajarnya juga kesucian lahir dan batin ini menjadi motivasi untuk membentuk kesedaran membantu golongan yang miskin atau tertindas. Dengan kesedaran yang demikian akan membawa kita menjadi manusia yang bertakwa dan mendapat kemuliaan di sisi-Nya.
Dalam kita merayakan Aidilfitri ini setidak-tidaknya ada tiga perkara yang mesti dilakukan iatu,
  • Pertama, bertakbir mengagungkan Allah atas segala petunjuk-Nya, sehingga kita tetap berada di jalan-Nya.
  • Kedua, bersyukur dengan membahagikan rezeki yang diperoleh dengan membayar zakat fitrah
  • Ketiga menahan marah dan saling maaf-memaafkan.
Hal ini sebagaimana diajarkan dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan ali-Imran ayat 134: …Mereka yang tetap berderma baik dalam keadaan lapang ataupun sempit dan mereka mampu menahan marah, lagi pula bersifat pemaaf kepada sesama manusia.
Justeru itu, suasana lebaran adalah suasana keilahian dan kemanusiaan. Apa yang lebih penting dari itu ialah melalui semangat Syawal kita terus menperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain serta hubungan kita dengan Allah.
Perasaan
Demikian Aidilfitri sebagai hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, mereka telah meningglkan semua perkara yang digemari kerana Allah dan membentuk dalam dirinya satu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman mereka pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku mereka.
Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri satu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang perlu dikekalkan sebagai persiapan untuk melaksanakan perjalanan mengerjakan haji kelak.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:
(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan ibadat haji, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa juga kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dan keaiban meminta sedekah dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal yang dapat menilai dan memahami).

SALAM LEBARAN

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada keluarga saya ,adik -beradik saya , sahabat 2 saya , kwn2 lama saya , rakan2 FB , Twitter , Skype , Blog saya & semua Muslimin dan juga Muslimat yang mengenali saya ataupun tidak dan saya dokan agar AIDILFITRI yang bakal disambut tahun ini penuh dengan rahmat tuhan Amin......

Kepada : Semua muslimin & Muslimat
Daripada : Azmi Alias Certified Ethichal Hacker Azmi Alias Azmi Alias IV

Monday, 22 August 2011

PERSELISIHAN DAN GEMPA BUMI TANDA-TANDA KIAMAT DAN KEHADIRAN IMAM MAHADI

Saudaraku, dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan terdapat dua fenomena menjelang diutusnya Imam Mahdi ke dunia. Pertama, gejala sosial berupa perselisihan antara manusia dan kedua, bencana alam berupa gempa bumi yang berlaku silih berganti.


“
Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.”

Sebahagian ulama menggolongkan tanda Kiamat berupa diutusnya Imam Mahdi ke tengah umat sebagai 'Tanda Penghubung' antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Ertinya, kedatangan Imam Mahdi tidak termasuk tanda-tanda kecil Kiamat, namun tidak juga digolongkan ke dalam tanda-tanda besar Kiamat. Kedatangan Imam Mahdi menunjukkan telah banyak munculnya tanda-tanda kecil Kiamat. Dan pada saat yang sama, kedatangan Imam Mahdi menandakan sudah dekatnya akan munculnya tanda-tanda besar Kiamat yang akan muncul dan berjumlah sepuluh tanda.

Para ulama telah membahagikan tanda-tanda Kiamat ke dalam dua kelompok. Ada tanda-tanda kecil Kiamat dan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda-tanda kecil berjumlah sangat banyak dan umumnya datang lebih awal. Sedangkan tanda-tanda besar datang kemudian dan berjumlah sepuluh. Tanda kecil yang paling awal berupa 'diutusnya Nabi Muhammad ke muka bumi'. Semenjak peristiwa agung itu, dunia menyaksikan bermunculan berbagai tanda-tanda kecil Kiamat berikutnya. Hingga dewasa ini sudah banyak sekali tanda-tanda kecil Kiamat yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW telah menjadi realiti. Di antara tanda-tanda kecil Kiamat tersebut ialah:


1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) solat
2. Bila sifat amanah telah lenyap
3. Bila berdusta dihalalkan
4. Bila manusia memakan riba
5. Bila amalan rasuah bermaharajalela
6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit muncul
7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu
8. Bila manusia menjual agamanya untuk membeli dunia
9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan
10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan
11. Bila kezaliman menjadi suatu kebanggaan
12. Bila para pemimpin dan pembesar merupakan orang paling buruk
13. Dan bila para pembantu dan orang-orang kepercayaan pemimpin merupakan orang-orang fasiq
14. Bila para cendekiawannya merupakan orang-orang fasiq
15. Bila kezaliman bermaharajalela
16. Bila thalaq (perceraian) banyak terjadi
17. Bila muncul fenomena kematian mendadak
18. Bila mushaf Al-Qur’an dicetak dengan hiasan yang indah-indah
19. Bila masjid dibangunkan untuk bermegah-megah
20. Bila mimbar-mimbar masjid dibuat tinggi
21. Bila hati manusia menjadi kesat
22. Bila banyak perjanjian dan transaksi dilanggar
23. Bila peralatan muzik banyak dibunyikan
24. Bila khamar (arak) banyak diminum
25. Bila zina bermaharajalela
26. Bila pengkhianat diberi kepercayaan, dijadikan pemimpin
27. Bila orang yang amanah dianggap pengkhianat
28. Bila isteri terlibat dalam perniagaan suami kerana cintakan dunia
29. Bila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali
30. Bila pasar-pasar (mall, plaza, hypermarket) muncul berdekatan
31. Bila manusia mengenakan baju domba sebagai penutup hati serigala
32. Bila hati manusia lebih busuk daripada bangkai
33. Bila manusia sudah berkata: ”Tidak ada Imam Mahdi.”

Tanda-tanda di atas hanya merupakan sebahagian saja dari seluruh tanda-tanda kecil Kiamat. Bila kita kaitkan dengan realiti masyarakat dunia dewasa ini, jelas terlihat bahawa seluruh tanda-tanda kecil di atas telah menjadi kenyataan!


Maka, saudaraku, perlu kita sedari bahawa dunia benar-benar telah mencapai usia senja. Kemunculan tanda-tanda kecil bererti kita sudah harus bersiap sedia menyongsong datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Dan jangan lupa, sebahagian ulama mengatakan bahawa tanda besar pertama, yaitu keluarnya Dajjal, tidak akan terjadi sebelum munculnya tanda penghubung antara tanda-tanda kecil dengan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda penghubung itu ialah diutusnya seorang lelaki dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kejujuran setelah dunia diliputi dengan kezaliman dan penganiyaan. Lelaki itulah yang dikenal sebagai Imam Mahdi.

Sabda Rasulullah SAW: “Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR Abu Dawud)

Lalu, bilakah Imam Mahdi bakal dihadirkan Allah ke tengah umat? Hadis di awal tulisan inilah yang cukup jelas memberikan petunjuk bahawa kehadirannya sudah hampir:


“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Bila dunia telah dihiasi dengan dua fenomena nyata, yaitu fenomena sosial berupa perselisihan antara manusia yang sangat jelas dan fenomena alam iaitu banyaknya gempa bumi, maka itu menunjukkan dekatnya kehadiran Imam Mahdi ke tengah umat. Sedangkan kedua fenomena tersebut dewasa ini sudah sangat jelas. Perselisihan antara manusia dewasa ini sudah sangat ketara.



Maka, saudaraku, marilah kita siapkan diri dan keluarga kita menyongsong kehadiran Al-Mahdi. Pengertiannya adalah mari kita bersiap untuk segera mematuhi perintah Rasulullah dalam kaitan dengan kehadirannya.


Sabda Rasulullah SAW: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)

Saudaraku, berdasarkan hadis di atas, kita umat Islam diperintahkan untuk bersegera bergabung ke dalam barisan Al-Mahdi ketika ia telah hadir. Lalu ungkapan walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji mengisyaratkan bahawa hal itu tidak mudah untuk dilaksanakan.



Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk di pihak yang salah. Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa bumi merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi SAW menyebutnya sebagai 'khabar gembira'. Sebab bersamaan dengan itu umat Islam akan memiliki pemimpin yang dilantik secara langsung oleh Allah SWT. Sedangkan kehadirannya merupakan tanda awal beralihnya dunia dari lembaran sejarah penuh penganiayaan dan kezaliman menuju peradaban penuh keadilan dan kejujuran.


“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?”









anak itik , anak ayam sabarlah sayang........

Cinta

insan yang bercinta dan dicinta itu adalah insan yang bertuah yg telah diatur perjalanan hidupnya oleh allah s.w.t////
islam itu benar