Assalamualikum semua , terutamanya kepada pembaca setia azmi ye , dan pengunjung baru harap anda menjadi pembaca yang setia dan sebelum terlupa selamat hujung minggu semua ,penuhi malam minggu anda dengan pengisian yang berguna dan baik insyallah , harap2 apa y6ang kita buat diberkati allah insyallah...malam ni azmi just nak kongsi kata2 yang pendek tapi berguna dan membuatkan kita terfikir seketika dan hidayah itu milik allah bagi saya kalau kita berubah insyallah..layan3
Hidup didunia hanyalah sementara. Tak ada erti hidup ini, kalau hanya dipenuhi dengan sesi makan, minum, tido dan bangun, bekerja dan berehat, berkahwin dan berkeluarga, berkerjaya dan bersara, sihat dan sakit serta berakhir di penghujungnya dengan kematian tanpa diisi dengan sebarang perjuangan dan persiapan masa depan.
Dengan kehendak Allah manusia boleh berubah. Dengan berusaha tambah keazaman yang tinggi kepada perkara baik, Allah juga akan menolong perubahan tersebut.
''If you fail, try harder. Allah rewards you by the amount of effort you put in not the success itself''
azmi-alias.blogspot.com
Assalamualikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , hari ini hari khamis 25/4/2013 hari yang cerah boleh dikatakan ..azmi harap apa yang kita kerjakan selama hari ini diredhai allah dan apa jua perancangan kita menjadi dan harap hari demi hari yang kita tempuh bertambah baik insyallah ..today cehhh cakap omputih eh3 harinie azmi nak kongsikan sedikit sebanyak tips yang agak berguna pada kita semua iaitu mengenai " petua mengatasi sakit gigi " haa siapa pernah sakit gigi ?? meh3 baca and yang tak pernah tu jadiakn aianya sebagai ilmu ye ..ok layan gigigigigi
Sakit gigi menyeksakan... boleh bagi kitqa jadi stress la kalau dah betul2 sakit kan ?? Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit....dan sekiranya anda mempun yai petu2 lain share ye :)
harap anda mendapat informasi yang baik serta boleh dijadikan sebagai rujukan suatau hari nanti insyallah ...
Sekian , Terima kasih
azmi-alias.blogspot.com
Assalamualaikum kepada pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , hari ini hari selasa 23/4/2013 tinggal lagi 76 hari sahaja lagi insyallah kita akan ke bulan ramadhan yang dinanti2 kan insyallah . saya harap apa yg kita cadang dan impikan tercapai serta dipermudahkan segala urusan harian kita insyallah amin...hari ini azmi nak kongsi satu sesuatu yang bermanfaatuntuk kita semua untuk dijadikan pedoman dan panduan .. ianya mengenai " PILIH SAHABAT " jadi bacalah
Imam al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:
"wahai anakku,,sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,,maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. jika engkau berbakti kepadanya,,dia akan melindungi kamu..
2. jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya,,dia akan membantu kamu..
3. jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya,,dia akan menerimanya dengan baik..
4. jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,,dia akan membalas balik persahabatan kamu..
5. jika engkau merancangkan sesuatu,,niscaya dia akan membantu kamu..
6. jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,,dia akan menutupinya..
7. jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu,,dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu..dan contoh2 yang baik yang anda sendiri pun tahu :))
teman yang paling baik,,adalah apabila kamu melihat wajahnya,,kamu akan teringat akan Allaah,,mendengar kata~katanya menambahkan ilmu agama,,melihat gerak~gerinya teringat akan kematian"
Alhamdulillah , itu sahaja yang dapat azmi kongsikan pada hari ini , insyallah sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan ilmu yang berguna untuk sama2 kita semua manfaatkan ye
Sekian , Terima Kasih ( azmi-alias.blogspot.com )
Assalamualaikum kepada pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , hari ini hari isnin 20/4/2013 tinggal lagi 79 hari sahaja lagi insyallah kita akan ke bulan ramadhan yang dinanti2 kan insyallah . saya harap apa yg kita cadang dan impikan tercapai serta dipermudahkan segala urusan harian kita insyallah amin...hari ini azmi nak kongsi satu kisah mengenai " manusia terakhir masuk ke syurga " hayatilah kisah ini
Bismillah..........Bacalah,,,
Ya Allah .....
cahaya perjalananku.....
Allah maha besar.....
Masyallah .........
hamba paling terakhir ke syurga...masyallah
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?" Jawab mereka itu: "Tidak!". Berkata pula Rasulullah s.a.w: "Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?" Jawab mereka itu: "Tidak tuan!" Maka berkata Rasulullah s.a.w: "Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak."
Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau:
"Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia." Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu'min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.
Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu." Maka jawab mukminin: "Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya."
Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mukmin: "Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya." Berkata pula Rasulullah s.a.w "Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!"
Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa'dan. Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir:
"Adakah kamu pernah melihat sa'dan?"
Jawab mereka:
"Ya!" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan."
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah" dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.
Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.
Kemudian Allah berkata kepadanya:
"Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?"
Jawab orang itu:
"Tidak!"
dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya:
"Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!"
Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.
Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. "Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!" kata Allah Taala kepadanya. Jawabnya: "Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka." Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah Taala seraya bertitah: "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!"
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah:
"Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!"
Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya:
"Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Dalam hadith lain diceritakan:
Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
azmi-alias.blogspot.com
Sekian, Terima kasih
Harap anda mendapat sedikit sebanyak ilmu yang sedikit saya kongsikan ini untuk kita sama2 manfaatkan nya serta menjadi ssalah satu suntikan motivasi kita menjadi hamba kesayangan allah dari sebelum ini sekiranya kita jauh dari sang Pencipta insyallah ..TERIMA KASIH kerana membaca :))
Assalamualikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan kita semua sentiasa dalam keadaan yang diberkati Allah insyallah amin..jom layan kisah ni ye , letakkan diri anda dalam situasi ini insyallah akan memperolehi seseuatu yang ada tidak terpikir selama hari ini dan insyallah ianya akan mendatangkan kebaikan pada kita justeru dapat mendekatkan diri kita dengan Tuhan ( Allah ) ..Layan..

~ anak yatim melukis gambar ibunya ini di lantai dan tidur disebelahnya ~
gambar yang menyayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di PALESTIN ,, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya ,, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu ,, - Nourislam.com
tak boleh dibayangkan ,, berapa banyak titisan air mata anak ini tumpah untuk sekadar melukis gambar ibunya ini di lantai sebelum ia tidur ,, hanya gambaran ibunya dalam benaknya saja ,, sebab gambar pun tak sempat ia simpan dan miliki ,, entah kemana tersebab perang .. tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum ,, sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi "mama" ..
kisah seorang anak kecil yang melukis IBU nya pada sebuah tingkat ini menggambarkan kepedihan seorang kanak-kanak yang begitu merindukan kasih sayang seorang ibu ,, ibu kanak-kanak ini meninggal dalam sebuah peperangan di negeri para NABI di PALESTIN ,, sang anak tinggal di sebuah rumah yatim piatu di PALESTIN yang mungkin di rumah yatim ini banyak anak-anak yang menjadi mangsa ditinggalkan ibu bapanya akibat perang yang tiada berkesudahan antara PALESTIN dan israel ,, mereka adalah anak-anak mangsa kekejaman israel ,, mereka anak-anak yang tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu ,, mereka hanya ingin hidup damai layaknya anak-anak yang lain ..
bagi anak-anak yang masih mempunyai kedua orang tua syukurilah dengan sebenar-benarnya ,, jangan sia-siakan pengorbanan dan kasih sayang mereka ,, berbaktilah dengan sepenuh jiwa raga kita ,, baik dengan doa untuk kebaikan kedua-dua orang tua mahupun dengan pembuktian pemelihaaraan kita sebagai anak dihari tua kedua-dua orang tua ,, ibu bapa kita jangan sia-siakan ..
berbaktilah pada orang tua kita ,, datangilah mereka untuk mintakan keredhaan dan pintu maafnya selama nafas mereka masih ada ,, ukirlah senyum di wajah mereka ,, kemudian berlaku lemah lembutlah kepada anak-anak yatim dan dhu'afa ,, santunilah mereka ,, kerana hampir-hampir saja syurga berada di sekitar mereka sebagaimana sabda Nabi kita tercinta ..
ingatlah bantu mereka anak-anak mangsa perang PALESTIN ,, SYRIA dan lain dengan cara sisihkan sebagaian harta kita buat mereka ,, mereka perlu hidup layaknya anak anak yang mempunyai ibu bapa ,, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita ,, hanya saja mereka tak punya tempat untuk berlindung dan berteduh di dalam sebuah kasih sayang ,, dan jika kita diberi kemampuan oleh ALLAH s.w.t mari menjadi IBU dan BAPA bagi mereka ,, kalau bukan kita siapa lagi ..
doakan kebahagiaan IBU BAPA kita dan IBU BAPA mereka disana ,, jangan lupe klik "LIKE" dan "SHARE" agar teman2 kita yang lain lebh menyayangi IBUBAPA mereka setelah menbaca kisah yang amat menyentuh hati ini ..
Sekian , terima Kasih :)
azmi-alias.blogspot.com ( 20.4.2013)
Azmi Alias
Assalamualikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , sempena hari jummat yang mulia ini dan bertambah2 lah mulia esok harinya dan kian hari yang kan mendatang hendaknya insayallah ...harap anda dan kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan amin insyallah . Hari ini Azmi bekerja macam biasalah lah masuk office pukul 8;45 pagi and balik sebenarnya pukul 5;00 petang pada hari jumaat normally azmi balik dalam pukul 5;45 ada masa kadang2 azmi balik malam sampai pukul 9;00 pun pernah walaupun bekerja sebagai pegawai bank di Hong leong Bank ( TSB ) ..azmi just nak kongsikan yang gambar pejabat diatas ini adalah pejabat Nazril Idrus iaitu Suami kepada pelakon dan pengacara ( Sazzy falak ) azmi datang sebab jumpa dengan Relationship manager dia iaitu prospects azmi A>K>A customer azmi tujuan azmi datang bagi dia khidmat nasihat kewangan erm biasalah kerja bank kan hehehe..papa2 pun azmi happy dan bersyukur hari ini tu jee kita nak kongsi dengan awak orang hahahahahaha nanti ada story kita post post laaa awak orang janagn x singgah rajin2 la klik blog kita ni yeee.
Sekian , Terima Kasih :)
azmi-alias.blogspot.com