THAILAND , SUNGAI YOM
BANGKOK: Sebaik saja pulih dari kesan bencana banjir tahun lalu, yang terburuk dalam tempoh lima dekad, banjir sekali lagi melanda Thailand, bermula di wilayah utara hari ini.
Ketua Pengarah Pencegahan dan Pemulihan Bencana Wiboon Sanguanpong berkata, wilayah Sukhotai digenangi air sedalam kira-kira satu meter, melumpuhkan kawasan komersialnya.
Beliau berkata, hujan dijangka berterusan di wilayah itu minggu ini tetapi kurang lebat berbanding minggu lepas.
Sungai Yom rendah lebih dari satu meter daripada tembok penahan banjir di wilayah itu, kata beliau. - BERNAMA
Sumber : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment