Thursday, 15 November 2012

Mymetro ( Jumat 16/11/2012 )

UTAMA: Mymetro ( JUMAAT)

Buat perangai lepas popular


KAJANG: Dia digelar ustaz selepas diangkat menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Namun perwatakan sebagai suami penyayang dan menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.
Ustaz yang berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat petroleum terkemuka negara itu dikatakan mengugut isteri dan keluarga mentua apabila menuntut wang RM140,000 daripada isterinya atas alasan membayar kembali kos sara hidup dia bersama isterinya, termasuk perbelanjaan ketika membawa anak saudara keluar bersiar-siar.

Kemuncak drama gila lelaki terbabit berlaku apabila dia memberanikan diri pergi ke rumah ibu mentuanya di Pahang, pada Isnin lalu.

Dia menunggu di luar rumah untuk menuntut wang berkenaan.


Terbantut curi haiwan




MAHAL...Chung bersama kucing baka benggal yang nyaris dicuri dalam kejadian pecah kedainya.
MAHAL...Chung bersama kucing baka benggal yang nyaris dicuri dalam kejadian pecah kedainya.
KESAN PECAH...Chung menunjukkan siling yang ditembusi pencuri untuk melarikan binatang.
KESAN PECAH...Chung menunjukkan siling yang ditembusi pencuri untuk melarikan binatang.
IPOH: Cubaan tiga lelaki melarikan beberapa ekor kucing, arnab dan anak beruk dari sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di sini, awal pagi kelmarin, terbantut apabila usaha mereka digagalkan polis.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun dikesan menceroboh premis berkenaan di Gunung Rapat sebelum disedari orang ramai.

Ketiga-tiga suspek dicekup ketika membawa bersama masing-masing seekor kucing bengal dan kucing siam selain beberapa ekor arnab dan seekor anak beruk bernilai lebih RM3,000.

Polis turut merampas beberapa barangan berharga lain termasuk wang tunai RM300, sebuah komputer riba, dua tabung duit, dua beg makanan kucing seberat 1.5 kilogram dan dua sangkar kucing yang dilarikan dari premis berkenaan.

Pemilik premis, Chung Weng Kee, 45, ketika ditemui berkata, dia menerima maklumat kejadian itu selepas dimaklumkan rakan yang tinggal berhampiran premisnya.

Beliau berkata, sejurus tiba, dia terus menghubungi polis sebelum ketiga-tiga suspek berjaya diberkas tidak jauh dari premisnya.


“Sebaik memeriksa di dalam premis, beberapa haiwan didapati hilang dari sangkar pameran sebelum mendapati siling premis pecah dipercayai dilakukan suspek untuk menyusup masuk ke premis ini.

“Ia kejadian samun pertama di premis ini sejak saya menjalankan perniagaan ini 14 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, seorang suspek pernah datang ke premisnya Isnin lalu sebelum membeli seekor arnab bernilai RM60.

Chung berkata, sebelum ini, ada beberapa kes pecah kedai di kawasan ini namun ia hanya membabitkan kecurian wang tunai namun kali ini berbeza kerana pencuri mensasarkan haiwan peliharaan yang bernilai tinggi di pasaran.

Saksi kejadian, Frankie Chin, 36, berkata, dia dikejutkan dengan bunyi bising anjingnya yang menyalak kuat sebelum melihat beberapa suspek memasuki premis menerusi siling.

“Saya terus menghubungi pemilik premis dan polis bagi memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Osman ketika dihubungi berkata, kejayaan itu hasil kerjasama orang awam yang melaporkan kepada polis selepas melihat kejadian.

“Ketiga-tiga suspek berasal dari Ipoh dan mereka akan direman sehingga esok (hari ini),” katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.




Kepala disyaki dimakan biawak

SIASAT...Rowell (tengah) ketika berjumpa  ibu mangsa, Samsimar.
SIASAT...Rowell (tengah) ketika berjumpa ibu mangsa, Samsimar.
SANDAKAN: Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas.
Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur.
Hanya bahagian pinggang dan kaki yang ditemui, manakala bahagian atas termasuk badan dan kepalanya gagal ditemui dipercayai dimakan biawak.

Saksi yang melakukan kerja mengukur tanah terkejut melihat sepasang kaki manusia sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mayat mangsa ditemui berhampiran kolam di ladang berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.





myMetro bullet Setempat



OPERASI...warga Bangladesh membuka tempat mencuci kereta di Kampung Wira Damai, Gombak.
OPERASI...warga Bangladesh membuka tempat mencuci kereta di Kampung Wira Damai, Gombak.
KUALA LUMPUR: Kemakmuran di Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya warga asing apabila mereka dikesan mula monopoli beberapa perniagaan.
Maka tidak hairan apabila satu kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati sekurang-kurangnya 30 perkampungan, taman perumahan, pasar dan lokasi perniagaan di Lembah Klang dikesan diduduki warga asing. Malah, tinjauan Harian Metro semalam mendapati warga asing tidak memilih perniagaan asalkan ia mendapat pulangan lumayan.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang ditemui enggan memberi kerjasama berikutan bimbang perniagaan terjejas.
Pemilik perniagaan cuci kereta yang hanya dikenali sebagai Asadul mendakwa, perniagaan bersama lima rakan dari Bangladesh itu dijalankan selepas pemiliknya wanita tempatan enggan meneruskan perniagaan berikutan mengalami kerugian.

“Saya bekerja dengan dia 10 tahun. Bila dia nak tutup, saya dan rakan ambil alih, tetapi masih menggunakan lesen perniagaannya.

“Perniagaan ini masih untung, cuma tidak banyak kerana lokasi tidak strategik,” katanya ketika ditemui di Kampung Wira Damai, Gombak, dekat sini, semalam.
Hasil kajian Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi UIAM, Prof Dr Fatimah Daud mengenai penempatan dan taburan pendatang warga asing sejak lebih 10 tahun lalu mendapati jumlah warga asing di sesuatu kawasan meningkat mendadak kerana wujud peluang pekerjaan dan perniagaan.

Antara faktor mendorong warga asing gemarkan sesuatu kawasan untuk dijadikan tempat tinggal atau memulakan perniagaan kerana ada saudara-mara dan rakan mereka di kawasan terbabit. Peniaga telefon bimbit di Chow Kit warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Putik berkata, walaupun kadar sewa RM1,500 untuk satu lot kedai yang dikongsi bersama lima peniaga lain agak tinggi, tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana masih mendapat keuntungan.
“Warga tempatan kurang minat dalam perniagaan ini kerana keuntungannya tidak berlipat kali ganda.

“Walaupun keuntungan tidak seberapa, tetapi bila ia diuruskan dengan bijak, keuntungan tetap ada,” katanya yang turut mendakwa memperoleh RM2,000 hingga RM3,500 sebulan.

Peruncit dari Acheh, Indonesia Achmad Bachtiar, 49, berkata, kemakmuran di Malaysia dimanfaatkan sepenuhnya warga asing.

“Modal tidak menjadi masalah kerana kami bantu membantu antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Damansara Pelangi.

  • Ambil serius jalan rosak

    KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius mengenai kerosakan jalan di sekitar ibu negara dan kerja pembaikan serta penurapan jalan sedang dan akan dijalankan bagi mengelakkan masalah kepada orang awam. [+]
  • Detik cemas nelayan hanyut 27 jam

    KUALA TERENGGANU: “Saya hampir berputus asa kerana tiada siapa datang membantu walaupun beberapa kali menjerit meminta tolong selepas nampak ada bot lalu tidak jauh dari lokasi bot saya dihanyutkan,” kata Salim Musa, 66, yang bertarung nyawa terapung hampir 27 jam di laut sebelum diselamatkan, kelmarin. [+]
  • Empat beranak mati berulat

    BETONG: Misteri bau busuk yang dihidu seorang lelaki ketika mengunjungi rumah abangnya semalam, membawa kepada penemuan mayat empat beranak yang sudah berulat dipercayai meninggal dunia tiga hari sebelum itu di sebuah rumah di Kampung Lubuk Chepong, Pusa, di sini. [+]
  • Dua ‘Tung’ diculik

    KOTA KINABALU: Hasrat dua bersaudara mengutip hasil sarang burung walet di ladang sawit milik keluarga mereka terbantut apabila diculik lima lelaki bersenjata api dan melarikan mangsa menggunakan bot dalam kejadian di sebuah ladang berhampiran Felda Sahabat 15, kira-kira 150 kilometer dari Lahad Datu, kelmarin. [+]
  • Tak mampu biayai bedah

    REMBAU: Seorang mangsa kemalangan di Taman Sedia Raja, Chembong, dekat sini, yang kehilangan upaya berjalan, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan tulang pahanya di Hospital Putrajaya (HP).[+]
  • Ibu hamil ditimpa motor

    KEPALA BATAS: Tindakan terburu-buru seorang lelaki warga Myanmar keluar dari simpang tiga dekat Permatang Tok Gelam di sini, nyaris meragut nyawa penunggang motosikal wanita yang hamil enam bulan, petang kelmarin. [+]
  • Rayu abang 12 tahun tak jenguk keluarga

    BALING: Seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Pengkalan Hulu (PADPU) merayu abang kandungnya, Ahmad Zulbairi Ishak, 39, yang menghilangkan diri sejak 12 tahun lalu pulang ke pangkuan keluarga. [+]
  • Mayat bayi atas katil berdarah

    MERU: Misteri tompokan darah atas katil membongkar seorang wanita 24 tahun melahirkan anak hasil hubungan terlarang dengan pendatang Bangladesh di sebuah rumah di Jalan Haji Salleh off Jalan Meru di sini, petang semalam.[+]
  • Doktor kikis duit 3 isteri

    JOHOR BAHRU: Bermodalkan kata-kata manis dan statusnya sebagai doktor di sebuah klinik swasta, seorang lelaki berusia 44 tahun bukan saja bijak memikat wanita untuk dijadikan isteri, malah mengikis wang teman hidupnya itu. [+]
  • PM serikan majlis perkahwinan

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam meluangkan masa sejam bertandang ke majlis perkahwinan anak lelaki Pengarang Kumpulan TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Media Prima Berhad (MPB), Datuk Manja Ismail. [+]
  • Penghuni khemah

    MELAKA: Seorang wanita, Hayati Senin, 46, hidup melarat di belakang sebuah rumah di Taman Nam Seng, Bachang, di sini, dengan berteduh di khemah kanvas yang didirikan sejak 2004. [+]
  • Mati masuk longkang

    BENTONG: Seorang pesara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditemui mati dalam longkang selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika memotong sebuah treler membawa muatan sawit di Kilometer 5, Jalan Bentong-Karak, Benus, dekat sini, kelmarin. [+]
  • ‘Kantoi’ panik buka pintu

    BATU PAHAT: Ketika umat Islam sibuk menyambut Maal Hijrah dengan bacaan Yasin di rumah, surau atau masjid berhampiran, seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 tahun dan teman lelakinya pekerja swasta berusia 25 tahun sibuk melampias nafsu di sebuah hotel bajet di sini, sebelum ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Batu Pahat, semalam. [+]
  • Cari titik persamaan

    PUTRAJAYA: Umat Islam disaran menyingkirkan sifat buruk yang membawa kepada perpecahan, sebaliknya mencari titik persamaan dan mengukuhkan persaudaraan dengan menjadikan contoh sifat mulia golongan Muhajirin dan Ansar menghindarkan permusuhan dan berkongsi kasih sayang Rasulullah SAW. [+]
  • ‘Teruskan bangun pendidikan Islam’

    PUTRAJAYA: “Teruskan legasi dan usaha membangunkan sistem pendidikan Islam. Itu antara harapan Allahyarham kepada pemimpin agama di negara ini,” kata Puan Sri Jamilah Mohd Said, balu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang diumumkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2012/1434H. [+]
  • ‘Tidak harap balasan’

    MELAKA: Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dipilih Tokoh Maal Hijrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat negeri di sini, semalam. [+]
  • ‘Orang baru’ tahun Islam

    KUALA LUMPUR: Seorang ibu berasa bersyukur kerana melahirkan bayi sulungnya sempena sambutan Maal Hijrah yang juga menandakan permulaan tahun baharu Islam, hari ini. [+]
  • Biar beramal ikut sunah sahih

    SESUNGGUHNYA agama Islam lengkap dan sempurna. Seperti firman Allah SWT: “Pada hari ini, aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah: 3). [+]
  • Platform saintis perantau

    GOLD COAST (Australia): Rangkaian Perantau Saintifik Malaysia (MSDN), yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam, akan menjadi platform utama untuk menghubungkan saintis Malaysia di seluruh dunia dan mempromosi penyelidikan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing untuk kebaikan negara. [+]
  • Perlu bedah empat kali

    JEMPOL: Seorang ibu beranak enam di Felda Lui Selatan, di sini, runsing apabila anak bongsunya berusia empat bulan terpaksa menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM35,000 dan merayu bantuan daripada orang ramai. [+]
  • Kutuk serangan Israel

    KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mengutuk keras serangan udara Israel terhadap Semenanjung Gaza kelmarin, menyebabkan sembilan terbunuh, termasuk Ketua Tentera Hamas, Ahmed Al Jabari. [+]
  • ‘Harussani juga harus bertaubat’

    KOTA BHARU: “Harussani juga harus bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam,” kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib. [+]
  • Khianati sesama Islam

    IPOH: “Jadi selama ini saya perjuangkan apa? Sejak 30 tahun lalu saya tidak pernah membisu dan terlepas dalam membincangkan apa-apa isu berkaitan Islam, dari sekecil-kecil tarian poco-poco sehinggalah isu murtad,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. [+]
  • Usul amah dibahas

    KOTA BHARU: Cadangan mewujudkan Institut Latihan Kemahiran Pembantu Rumah untuk menyelesaikan masalah pembantu rumah di negara ini antara usul yang hangat dibahaskan dalam perbahasan Dewan Muslimat Pas ke-52, di sini, semalam. [+]

  • Tambah kerusi calon wanita

    KOTA BHARU: Pas menjangkakan agihan kerusi kepada calon wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 meningkat selain terus berusaha memastikan kemenangan di kawasan sedia ada. [+]
  • Harakah ‘dikecam’

    KOTA BHARU: Lidah rasmi Pas, Harakah, semalam ‘dibelasah’ kerana didakwa tidak lagi berperanan sebagai suara parti itu dalam menyampaikan maklumat kepada ahli dan rakyat. [+]
  • Angkara pengkid cemburu

    BUKIT MERTAJAM: Seorang gadis yang bakal bertunang akhir tahun ini dengan lelaki pilihan hatinya gagal dikesan dipercayai dilarikan pengkid sejak Februari lalu. [+]
  • Rekod keterangan 3 mangsa

    ALOR GAJAH: Polis sudah merekod keterangan tiga mangsa yang cedera dalam pergaduhan dengan jiran mereka di taman perumahan, malam Selasa lalu. [+]

  • Ketepi isu Nurul Izzah

    SEPERTI dijangkakan, isu kenyataan kontroversi kebebasan beragama bagi umat Islam di Malaysia oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

    , Nurul Izzah Anwar langsung tidak disentuh perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) ke-53 di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu, semalam. [+]



    PANTAS...Safee (tengah) cuba melepasi penjaga Gol Hong Kong pada perlawanan persahabatan, kelmarin.
    PANTAS...Safee (tengah) cuba melepasi penjaga Gol Hong Kong pada perlawanan persahabatan, kelmarin.
    DENGAN masa yang semakin suntuk, ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal akhirnya tidak dapat membendung kekecewaan dengan aksi longlai anak buahnya yang hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelmarin.
    Prestasi yang dipersembahkan skuad Harimau Malaya di Stadium Shah Alam itu langsung tidak menggambarkan perwatakan juara Piala AFF Suzuki sekali gus membuatkan Rajagobal perlu mencari formula terbaik sebelum kejohanan bermula pada 25 November ini.

    Janji untuk bangkit selepas dua kekalahan di tangan Vietnam 0-1 dan Thailand 0-2 sebelum ini gagal dikotakan malah yang lebih mengecewakan apabila pemain gagal mempamerkan permainan menarik.

    “Hong Kong bermain lebih agresif, rajin dan bertenaga. Pada babak kedua kita bangkit tapi tidak mempamerkan permainan sebenar.

    “Perlawanan ini bagus untuk saya melihat karektor beberapa pemain yang saya fikir mempamerkan permainan mengecewakan. Saya akan memberitahu pemain saya tidak puas hati, sekarang masa sudah suntuk dan saya sudah kenal pasti pemain yang tidak akan berada dalam senarai 22 pemain,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan itu.

    Satu-satunya peluang untuk skuad kebangsaan mendapatkan kemenangan penyuntik semangat adalah aksi pemanas badan terakhir menentang pasukan kerdil Bangladesh pada 20 November ini di Stadium Shah Alam.


    “Perlawanan dengan Bangladesh adalah persiapan terakhir sebelum kejohanan bermula. Selepas itu pemain tidak boleh memberi alasan lagi, mereka perlu bangkit dan bersedia menghadapi perlawanan sebenar,” katanya yang membimbing Harimau Malaya merangkul Piala AFF dua tahun lalu.

    Sementara itu, ketua jurulatih Hong Kong, Kim Pan Gon berkata, pasukannya berhak menang perlawanan itu kerana mencipta lebih banyak peluang khususnya pada babak pertama.

    “Pasukan saya layak mendapat keputusan ini walaupun kami berpeluang untuk menang kerana bermain lebih agresif untuk menjaringkan gol,” katanya.


    • Ambil serius jalan rosak

      KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius mengenai kerosakan jalan di sekitar ibu negara dan kerja pembaikan serta penurapan jalan sedang dan akan dijalankan bagi mengelakkan masalah kepada orang awam. [+]
    • Detik cemas nelayan hanyut 27 jam

      KUALA TERENGGANU: “Saya hampir berputus asa kerana tiada siapa datang membantu walaupun beberapa kali menjerit meminta tolong selepas nampak ada bot lalu tidak jauh dari lokasi bot saya dihanyutkan,” kata Salim Musa, 66, yang bertarung nyawa terapung hampir 27 jam di laut sebelum diselamatkan, kelmarin. [+]
    • Empat beranak mati berulat

      BETONG: Misteri bau busuk yang dihidu seorang lelaki ketika mengunjungi rumah abangnya semalam, membawa kepada penemuan mayat empat beranak yang sudah berulat dipercayai meninggal dunia tiga hari sebelum itu di sebuah rumah di Kampung Lubuk Chepong, Pusa, di sini. [+]
    • Dua ‘Tung’ diculik

      KOTA KINABALU: Hasrat dua bersaudara mengutip hasil sarang burung walet di ladang sawit milik keluarga mereka terbantut apabila diculik lima lelaki bersenjata api dan melarikan mangsa menggunakan bot dalam kejadian di sebuah ladang berhampiran Felda Sahabat 15, kira-kira 150 kilometer dari Lahad Datu, kelmarin. [+]
    • Tak mampu biayai bedah

      REMBAU: Seorang mangsa kemalangan di Taman Sedia Raja, Chembong, dekat sini, yang kehilangan upaya berjalan, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan tulang pahanya di Hospital Putrajaya (HP).[+]
    • Ibu hamil ditimpa motor

      KEPALA BATAS: Tindakan terburu-buru seorang lelaki warga Myanmar keluar dari simpang tiga dekat Permatang Tok Gelam di sini, nyaris meragut nyawa penunggang motosikal wanita yang hamil enam bulan, petang kelmarin. [+]
    • Rayu abang 12 tahun tak jenguk keluarga

      BALING: Seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Pengkalan Hulu (PADPU) merayu abang kandungnya, Ahmad Zulbairi Ishak, 39, yang menghilangkan diri sejak 12 tahun lalu pulang ke pangkuan keluarga. [+]
    • Mayat bayi atas katil berdarah

      MERU: Misteri tompokan darah atas katil membongkar seorang wanita 24 tahun melahirkan anak hasil hubungan terlarang dengan pendatang Bangladesh di sebuah rumah di Jalan Haji Salleh off Jalan Meru di sini, petang semalam.[+]
    • Doktor kikis duit 3 isteri

      JOHOR BAHRU: Bermodalkan kata-kata manis dan statusnya sebagai doktor di sebuah klinik swasta, seorang lelaki berusia 44 tahun bukan saja bijak memikat wanita untuk dijadikan isteri, malah mengikis wang teman hidupnya itu. [+]
    • PM serikan majlis perkahwinan

      KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam meluangkan masa sejam bertandang ke majlis perkahwinan anak lelaki Pengarang Kumpulan TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Media Prima Berhad (MPB), Datuk Manja Ismail. [+]
    • Penghuni khemah

      MELAKA: Seorang wanita, Hayati Senin, 46, hidup melarat di belakang sebuah rumah di Taman Nam Seng, Bachang, di sini, dengan berteduh di khemah kanvas yang didirikan sejak 2004. [+]
    • Mati masuk longkang

      BENTONG: Seorang pesara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ditemui mati dalam longkang selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika memotong sebuah treler membawa muatan sawit di Kilometer 5, Jalan Bentong-Karak, Benus, dekat sini, kelmarin. [+]
    • ‘Kantoi’ panik buka pintu

      BATU PAHAT: Ketika umat Islam sibuk menyambut Maal Hijrah dengan bacaan Yasin di rumah, surau atau masjid berhampiran, seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 tahun dan teman lelakinya pekerja swasta berusia 25 tahun sibuk melampias nafsu di sebuah hotel bajet di sini, sebelum ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Batu Pahat, semalam. [+]
    • Cari titik persamaan

      PUTRAJAYA: Umat Islam disaran menyingkirkan sifat buruk yang membawa kepada perpecahan, sebaliknya mencari titik persamaan dan mengukuhkan persaudaraan dengan menjadikan contoh sifat mulia golongan Muhajirin dan Ansar menghindarkan permusuhan dan berkongsi kasih sayang Rasulullah SAW. [+]
    • ‘Teruskan bangun pendidikan Islam’

      PUTRAJAYA: “Teruskan legasi dan usaha membangunkan sistem pendidikan Islam. Itu antara harapan Allahyarham kepada pemimpin agama di negara ini,” kata Puan Sri Jamilah Mohd Said, balu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang diumumkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2012/1434H. [+]
    • ‘Tidak harap balasan’

      MELAKA: Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dipilih Tokoh Maal Hijrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat negeri di sini, semalam. [+]
    • ‘Orang baru’ tahun Islam

      KUALA LUMPUR: Seorang ibu berasa bersyukur kerana melahirkan bayi sulungnya sempena sambutan Maal Hijrah yang juga menandakan permulaan tahun baharu Islam, hari ini. [+]
    • Biar beramal ikut sunah sahih

      SESUNGGUHNYA agama Islam lengkap dan sempurna. Seperti firman Allah SWT: “Pada hari ini, aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Surah al-Maidah: 3). [+]
    • Platform saintis perantau

      GOLD COAST (Australia): Rangkaian Perantau Saintifik Malaysia (MSDN), yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam, akan menjadi platform utama untuk menghubungkan saintis Malaysia di seluruh dunia dan mempromosi penyelidikan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing untuk kebaikan negara. [+]
    • Perlu bedah empat kali

      JEMPOL: Seorang ibu beranak enam di Felda Lui Selatan, di sini, runsing apabila anak bongsunya berusia empat bulan terpaksa menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM35,000 dan merayu bantuan daripada orang ramai. [+]
    • Kutuk serangan Israel

      KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mengutuk keras serangan udara Israel terhadap Semenanjung Gaza kelmarin, menyebabkan sembilan terbunuh, termasuk Ketua Tentera Hamas, Ahmed Al Jabari. [+]
    • ‘Harussani juga harus bertaubat’

      KOTA BHARU: “Harussani juga harus bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam,” kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib. [+]
    • Khianati sesama Islam

      IPOH: “Jadi selama ini saya perjuangkan apa? Sejak 30 tahun lalu saya tidak pernah membisu dan terlepas dalam membincangkan apa-apa isu berkaitan Islam, dari sekecil-kecil tarian poco-poco sehinggalah isu murtad,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. [+]
    • Usul amah dibahas

      KOTA BHARU: Cadangan mewujudkan Institut Latihan Kemahiran Pembantu Rumah untuk menyelesaikan masalah pembantu rumah di negara ini antara usul yang hangat dibahaskan dalam perbahasan Dewan Muslimat Pas ke-52, di sini, semalam. [+]
    • Ketepi isu Nurul Izzah

      SEPERTI dijangkakan, isu kenyataan kontroversi kebebasan beragama bagi umat Islam di Malaysia oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar langsung tidak disentuh perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) ke-53 di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu, semalam. [+]
    • Tambah kerusi calon wanita

      KOTA BHARU: Pas menjangkakan agihan kerusi kepada calon wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 meningkat selain terus berusaha memastikan kemenangan di kawasan sedia ada. [+]
    • Harakah ‘dikecam’

      KOTA BHARU: Lidah rasmi Pas, Harakah, semalam ‘dibelasah’ kerana didakwa tidak lagi berperanan sebagai suara parti itu dalam menyampaikan maklumat kepada ahli dan rakyat. [+]
    • Angkara pengkid cemburu

      BUKIT MERTAJAM: Seorang gadis yang bakal bertunang akhir tahun ini dengan lelaki pilihan hatinya gagal dikesan dipercayai dilarikan pengkid sejak Februari lalu. [+]
    • Rekod keterangan 3 mangsa

      ALOR GAJAH: Polis sudah merekod keterangan tiga mangsa yang cedera dalam pergaduhan dengan jiran mereka di taman perumahan, malam Selasa lalu. [+]


      RM320j untuk usahawan Sabah


      AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) akan memperuntukkan sebanyak RM320 juta kepada usahawan di Sabah tahun hadapan bagi membantu golongan wanita yang ingin menjana ekonomi menerusi program keusahawan.
      Ketua Pegawai Operasinya, Halid Hasbullah Boestaman berkata, peruntukan itu meningkat kira-kira 27.2 peratus berbanding RM233 juta yang digunakan untuk ahli AIM di Sabah.

      “Pada tahun 2013, kita akan menambahkan dua lagi cawangan AIM, sekali gus menjadikan 24 cawangan AIM beroperasi di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ulang Tahun ke-13 AIM Cawangan Ranau dan Zero Far di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lohan Ranau, Sabah.

      Halid turut berkata, pihaknya kini dalam usaha menarik ahli AIM untuk menyertai koperasi AIM dengan menyasarkan lebih 300,000 ahli menyertainya.

      “Koperasi ini sebenarnya berkonsepkan dari Sahabat kepada Sahabat, di mana ahli AIM boleh menggunakan wang koperasi untuk kemudahan mereka.

      “Suami atau anak ahli boleh menyertai sehingga mencecah kepada dua kali ganda penyertaan,” katanya.


      Menurutnya, dengan penyertaan daripada komuniti AIM, koperasi itu bakal mengumpulkan kira-kira RM300 juta dana untuk kemudahan sahabat dan keluarga.

      Katanya, AIM juga dalam perancangan untuk menubuhkan kios bagi kemudahan ahlinya menjalankan sebarang urusan termasuk pajak gadai dan pembayaran bil setempat.

      “Perkhidmatan ini dinamakan i-Sahabat iaitu berkonsepkan kios dengan memberikan kemudahan pajak gadai Ar-Rahnu.

      “Selain itu, pelbagai pembayaran bil setempat, insurans takaful dan ejen setem juga boleh dilakukan di kios yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini,” katanya.


      • 10 projek komersial

        PUSAT Penyelidikan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (Crest) yang dibangunkan atas usaha sama kerajaan, peserta akademik dan pemain industri dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) sudah menggunakan hampir RM2 juta daripada RM7.7 juta peruntukan kewangan fasa pertama untuk membangunkan 10 projek komersial dalam tempoh dua tahun. [+]
      • Keyakinan meningkat

        INDEKS Keyakinan Perniagaan (BCI) Regus mendapati keyakinan perniagaan Malaysia bertambah baik meskipun keadaan tidak menentu ekonomi global masih berterusan. [+]
      • 15,000 delegasi sertai WIF-KL

        MALAYSIA berada di landasan betul dalam usaha menggalakkan inovasi sebagai cara ke hadapan apabila Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur (WIF-KL) 2012 baru-baru ini berjaya menarik lebih daripada 15,000 delegasi daripada 53 negara. [+]
      • 2 tahun RM25j

        i-City Properties Sdn Bhd (i-City), pemaju pusat komersial i-City, Shah Alam yang membangunkan taman tema air, Water World@i-City menyasarkan pulangan pelaburan RM25 juta dalam tempoh dua tahun selepas beroperasi. [+]
      • MAS terima pesawat Airbus A380 ketiga

        PENERBANGAN Malaysia (MAS) menyambut kehadiran pesawat Airbus A380 ketiganya semalam yang tiba dari Toulouse, Perancis dan akan melalui persiapan terakhir sebelum memulakan operasi penerbangan komersialnya. [+]
      • Beli dua jenama luar

        ECE Technologies Sdn Bhd (ECE Technologies), pengeluar dan pengedar barangan elektrik tempatan berhasrat untuk membeli dua jenama dari Eropah dan Amerika Syarikat bagi menerokai pasaran di dua negara berkenaan yang dijangka dapat dimuktamadkan keputusan pembelian itu pada suku pertama tahun depan. [+]
      • Franklin lancar dana global

        FRANKLIN Templeton Asset Management (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan Dana Pulangan Global Templeton bertujuan memaksimumkan pulangan pelaburan dari gabungan pendapatan faedah, peningkatan modal dan keuntungan mata wang, selaras dengan strategi pengurusan pelaburan yang berhemat. [+]
      • Labur RM50,000

        PEMBORONG dan pengedar pelbagai jenis koleksi tudung, Butik Tudung Wyna Enterprise bakal meluaskan jenama Tudung Wyna di pasaran tempatan dengan melantik lebih ramai rakan niaga tahun depan. [+]
      • Perbelanjaan IT diunjur naik 7.9%

        GARTNER, Inc mengunjurkan perbelanjaan teknologi maklumat (IT) di Asia Pasifik diunjurkan mencecah RM2.3 trilion pada 2013, meningkat 7.9 peratus berbanding 2012. [+]
      • Forum perkukuh kerjasama

        PERSATUAN Institusi Kewangan Pembangunan di Afrika (AADFI) dan Persatuan Institusi-institusi Kewangan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) menganjurkan Forum Bersama Ketua Pegawai Eksekutif kali pertama dalam usaha mengukuhkan kerjasama serantau antara institusi Kewangan Pembangunan di Afrika, Asia dan Pasifik.[+]
      • Fujitsu lancar peranti Windows 8

        FUJITSU PC Asia Pacific Ltd (FPCA) melancarkan tiga model terbaru komputer notebook dan dua lagi model terdahulu yang menyokong sistem operasi terbaru Microsoft Windows 8. [+]



        Kembar tiga terberat di dunia

        JASON memangku (dari kiri) Sidney, Jenson dan Elliot sambilrhatikan Brittany.
        JASON memangku (dari kiri) Sidney, Jenson dan Elliot sambilrhatikan Brittany.
        SACRAMENTO: Seorang ibu di California melahirkan tiga bayi lelaki yang mencatatkan rekod baru sebagai kembar tiga paling berat di dunia.
        Jason dan Brittany Deen dari Sacramento, California, menyambut kelahiran tiga bayi lelaki mereka pada 8 November lalu.

        Gabungan berat ketiga-tiga bayi itu ialah sembilan kilogram bermakna mereka mencatat rekod baru dalam Buku Rekod Dunia Guiness, menurut Sacramento Bee. Bayi sulong, Sidney adalah seberat 3.5 kilogram dan adiknya, Elliot seberat 3.3 kilogram, manakala anak bongsu Jenson mencecah 2.5 kilogram.

        Pihak hospital telah merekod berat kelahiran kembar tiga itu dan kini keluarga itu telah menyerahkan dokumen berkenaan kepada Guiness untuk pengesahan.

        Rekod sedia ada dipegang sepasang suami isteri dari Carolina Utara yang mempunyai kembar tiga dengan jumlah berat keseluruhan ialah 8.2 kilogram pada tahun lalu.

        Brittany, 32, yang memberi makan bayi itu secara normal menghadiri kelas mingguan di Sutter Memorial’s Moms untuk mempelajari bagaimana memberikan penjagaan terbaik bayi baru lahir kepada kembar tiga miliknya.


        “Menjadi ibu kepada bayi kembar tiga amat menakutkan,” katanya kepada Sacramento Bee.

        “Anda dengar mengenai kesukaran dan cabarannya.

        “Saya harap dengan menyaksikan saya dan mendengar pengalaman positif yang saya lalui akan memberi inspirasi kepada ibu lain agar tidak berasa takut dan membantu mereka menyedari bahawa mereka tidak sendirian,” katanya. Brittany, seorang jururawat onkologi di Pusat perubatan Universiti California Davis berazam melanjutkan tempoh kehamilan kembar tiga itu dengan sempurna.

        Dia memberi perhatian khas mempelajari cara pemakanan untuk empat orang yang bermakna mengambil makanan hingga 6,000 kalori dalam sehari. - DM


        • Lelaki tangkap belut gergasi

          DEVON: Seorang pengail, Andy Parker berjaya menangkap seekor belut seberat 43 kilogram di perairan Britain semalam. [+]
        • Kadet wanita mangsa serangan seksual jurulatih tentera Amerika

          WASHINGTON: Hampir 50 orang kadet wanita menjadi mangsa jurulatih yang melatih mereka di pangkalan tentera udara Texas, termasuk 13 wanita yang mengalami serangan seksual, menurut laporan ketenteraan Amerika Syarikat dikeluarkan semalam. [+]
        • Pakar bersihkan bom di Mindanao

          MANILA: Pakar bom dari Switzerland akan mula membersihkan bom yang ditanam di selatan Filipina selepas pemberontak Islam dan kerajaan menandatangani perjanjian damai, kata Kesatuan Eropah (EU), semalam. [+]
        • 2 suspek bunuh model diburu polis

          MANILA: Polis Daerah Quezon City memantau kemungkinan beberapa tempat persembunyian dua suspek lagi dalam kes pembunuhan seorang model, Julie Ann Rodelas. [+]
        • Wanita pertama dilantik sebagai juruterbang Penerbangan Brunei

          BANDAR SERI BEGAWAN: Kapten Sharifah Czarena Suriany Syed Hj Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai kapten untuk Syarikat Penerbangan diraja Brunei (RB), memecahkan tradisi lapangan yang biasanya didominasi oleh lelaki. [+]
        • Wartawan menang anugerah dipukul

          PEKANBARU: Fakhri Rubiyanto, seorang daripada beberapa wartawan yang diserang oleh pegawai Tentera Udara ketika membuat liputan jet terhempas di Riau bulan lalu, diserang sekali lagi oleh empat orang tidak dikenali di sini, kelmarin. [+]
        • 4 mayat dalam tangki najis

          MANILA: Sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka berusia enam dan lapan tahun yang dibunuh dan mayat mereka dikerat ditemui dibuang dalam tangki najis di belakang kediaman mereka di bandar Cagayan de Oro semalam. [+]
        • 8 pamer foto, SOS kepada Obama ditahan

          PHNOM PENH: Polis Kemboja semalam menahan lapan orang kerana mempamer potret Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bersebelahan perkataan “SOS” di bumbung kediaman mereka menjelang kunjungan pemimpin terbabit ke negara itu. [+]
        • Kemboja dituduh salah guna wang bantuan antimalaria

          PHNOM PENH: Organisasi dana bantuan antarabangsa utama menuduh Kemboja menyalah gunakan bantuan kewangan disalurkan bertujuan untuk memerangi malaria dan wabak penyakit berbahaya lain. [+]
        • Keganasan kaum tragedi besar: Suu Kyi

          NEW DELHI: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam menyifatkan keganasan di barat Myanmar antara penganut Buddha dan umat Islam di negara itu sebagai “tragedi antarabangsa yang amat besar” dan berkata, penghijrahan secara haram dari Bangladesh perlu dihentikan. [+]





No comments:

Post a Comment