Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu
apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu,
selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26
tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak
pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy
Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka
perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh
dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang
menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
No comments:
Post a Comment