Assalamualikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , hari ini Isnin 13 Mei 2013 harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya insyallah dan dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat insyallah amin . Ok...hari ini saya nak kongsikan satu tragedi , perkara yang berlaku di sekeliling kita berbentuk jenayah , tujuan perkongsian ini adalah untuk anda lebih mengetahui dan insyallah akan lebih berjaga2 dan ambil langkah keselamatan ..Oleh itu layan !!!
IPOH : Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.
Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.
“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam. –
Sumber : Webberita .
No comments:
Post a Comment