Assalamualaikum & salam sejahtera semua !!!! Jom layan ...azmi-alias.blogspot.com :))
KISAH POKOK EPAL....
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Moral:
Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.
Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.
TERIMA KASIH kerana membaca ...1/3/2013 ( Jumaat )
Thursday, 28 February 2013
Wednesday, 20 February 2013
Berita Utama " Tunang seminggu "
Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu
apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu,
selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26
tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak
pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy
Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
Saturday, 16 February 2013
Pak Kus meninggal ( my Metro )
Ampang: Seniman veteran era 1950-an Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, jam 5.07 petang semalam.
Menurut anaknya, Irwan, 25, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Pak Kus menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan empat anaknya, Jasmine, 27, Hafsham, 26 serta Rizal, 23. “Jenazah ayah akan dibawa ke rumah keluarga di Jalan Rasmi 4, Taman Rasmi Jaya, Ampang. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang esok (hari ini) jam 11 pagi,” katanya yang sempat dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas.
Bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat arahan Tan Sri P Ramlee itu dimasukkan ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar dihidapinya empat tahun lalu. Allahyarham turut mengalami barah prostat dan masalah buah pinggang teruk sehingga menyukarkan buang air kecil secara normal.
Sepanjang terlantar di hospital, Allahyarham sempat dikunjungi pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Malah, Menteri Kebudayaan Dan Pelancongan Datuk Seri Dr Rais Yatim turut meluangkan masa memberi sumbangan daripada Tabung Kebajikan Artis kementerian.
Harian Metro semalam melaporkan, Allahyarham berhasrat membawa keluarga bercuti di Pulau Kapas.
ALLAHYARHAM Kuswadinata dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang.
Wednesday, 6 February 2013
JAM ANDROID Z1 ( android 2.2 )
Android z 1 ( 2.2 )
Firstly azmi macam biasalah nak kongsikan apa yang boleh azmi kongsikan serba sedikit dengan anda semua ...TODAY i want to story morry cikit lah yee mengenai yang diatas tuuu ..NAMPAK IDAK ?? Tu dia koleksi jam terbaru dari Android model keluaran Z1 yang disokong oleh applikasion perisian android 2.2 . apa yang hebatnya mengenai Anroid watch z 1 ni adalah
1. boleh dijadikan sebagai smartphone iaitu boleh call and masuk simcard lah brader and kakak2nya sekalian oiii and uncle2 and mama2nya sekalian hehe..
2. Thema and stylenya sama seperti smartphone dan pautan item sama seperti dalam smartphone android..maca2 adalah semua boleh kita download huhuhu and setakat mesia social FB , twitter tu mmg sah2 adalah yee ...harganya bernilai 229 dolar dan kalau dalam ringgit malaysia rm 7++ someting keatas BUKAN ke bawah hehehe gurau2 ..JUST 1 word jee about this smartphone android watch is AWESOME !!!!! ok2 nampaknya ni jelah yee yang dapat azmi kongsi mengenai Anroid watch z1 ni yee ..TQ so much all for intai2 my BLOG yee :)\
Sekian , Terima Kasih
HACKCIPTA TERPELIHARA azmi-alias.blogspot.com
Monday, 28 January 2013
Cycling Santai2 jeee :) 26,27,28 januari 2013
aslkum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , alhamdulillah berjumpa lagi kita dan bersyukur kepada illahi kerana dengan rahmatnya dan kuasanya kita dapat bertemu lagi dan diberi peluang untuk melihat sekeliling kita dan X lupa BLOG AZMI YEEE !!! harap2 dipermudahkan segala urusan kita insyallah pada hari ini dan mendatang...Azmi just nak kongsikan sahaja aktiviti azmi pada 26, 27 ,28 januari ..jom3 layan :
KUALA SELANGOR
pada hari sabtu azmi dan ber4sama kumpulan cycling azmi bersama2 melakukan kayuhan dari rumah azmi di Setia alam ke Bukit ramli kuala selangor dan seterusnya ke batu arang...time ni memang sempoiii la brooo hehehehe :)) amcam segak x anak mami nii buahaha
BUKIT RAMLEE
ketika ini azmi dah selesai menaiki puncak..then minum pekena air nenas + cincau memang TERBOOIIIKK nuh bak kata naka2 mami hahaha , memang sempoi santai bila dah sampai atas TAPI tak tahu keperitan dan kepayahan nak naik atas ni dah separuh sewel azmi dibuatnya tau hahahaha ..apa apa pun cool jeee
PTPL SHAH ALAM
pada masa ni kan semalam lah 28 januari 2013 , lepas jee solat subuh azmi mulakan kayuhan dari rumah ke seksyen 13 , melalui tol 60 posen , sek 7 , sek 9 , sek 11 dan seksyen 13..ttdi jaya , bukit jelutong dan seterusnya setia city mall singgah kenny rogers tau hahahaha makan chicken soup satu hal lah kan..ermm jumpa manager lama dulu dibelanjanya lagii udah kenyang dibuatnya hahahaha syukur2 :))
Nantikan sambungan nya yeee MAAF TERGANTUNG ...macam cerita sinetron laa suka gantung2 hahaha TKCRE SEMUA ...to be continued
Tuesday, 15 January 2013
Sekali_Sekala JEE ;)
Aslkum & salam sejahtera serta salam satu malaysia kepada pembaca setia dan pengunjung blog harap2 anda semua dalam kedaaan sihat sejahtera hendaknya yeee :) Hari ini azmi just nak kongsikan sedikit gambar and pengalaman azmi pada 13 Januari 2013 ..Pada hari yang sangat2 masuk air dan azmi menjadi kebudak2kan pada hari tersebut bersama 7 lagi orang rakan yang sekepala student mcm azmi jugak :)) Layankan...>>>>> Kami KEEEE IOI MALL PUCHONG ( Laser WarZone )
Azmi posing Ala2 askar dalam counter strike !!!
Azmi Alias & Abdul Salam :)) Posing jap Dalam GELAPP!!
azmi bersama 7 orang lagi kawan ..ENJOYY la lepas berlari berkejaran gitu kat dalam medan peperangan yang tiada titisan darah menitis jatuh ke lantai JAH!!! BERSAMA : kamil , Firdaus , salam , Hafiz , Irfan , Fadzhrul , Haikal , Botak ...CUKUP x lapan orang semuanya ??? Termasuk azmilah 8 yeee :) Apapun memang enjoy dgn diorang ni sebab muka semua x malu and perangai gatal ya amat asyik dok usha aweek jeee ..:) tu biasalah tuu nnakal kan :) SEKIAN dari Azmi , TQ sebab sudi menjenguk blog azmi-alias.blogspot.com
Thursday, 10 January 2013
Azmi Alias : Aurat Wanita ....!!!
Aslkum & salam 1 Malaysia Kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , malam ni azmi nak kongsikan sedikit informasi dan ilmu pengetahuan yang sedikit tetapi kalau digunakan dan diteliti insyallah akan menjadi sesuatu yang bermakna dan berguna TERUTAMANYA kaum hawa :) Oleh itu BACALAH>>>>>>>Dan Anda mesti tahu apa itu Sebenar2nya AURAT ???
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..." [Surah An-Nur:31]
Bersesuaian dengan ayat al-quran di atas yang memberi inspirasi kepada kami utk menyediakan pelbagai busana muslimah sprt pelbagai koleksi:
✔ jubah
✔ jubah seluar
✔ abaya
✔ jubah arab
dan lain2 lagi...
kami mengalu2kan kehadiran anda di butik online ini dan berharap kami mampu menyediakan kelengkapan yang sebaiknya utk anda ...
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..." [Surah An-Nur:31]
Bersesuaian dengan ayat al-quran di atas yang memberi inspirasi kepada kami utk menyediakan pelbagai busana muslimah sprt pelbagai koleksi:
✔ jubah
✔ jubah seluar
✔ abaya
✔ jubah arab
dan lain2 lagi...
kami mengalu2kan kehadiran anda di butik online ini dan berharap kami mampu menyediakan kelengkapan yang sebaiknya utk anda ...
Sekian , Terima Kasih kerana membaca : Sekiranya terkasar bahasa dan terilap perkataan azmi maafkanlah yeee WSLM :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




















