Sunday, 16 December 2012

Mymetro ( 17 DISEMBER 2012 / ISNIN )

myMetro bullet Berita Utama

Minta air sebelum kelar

MIRI: “Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur.
Bagaimanapun, ibarat bom jangka, sepupu Mantang itu tiba-tiba bertindak agresif menyerangnya sebelum mengelar leher mangsa menggunakan pisau buatan sendiri.

Menurut Senab, dia terjaga dari tidur selepas terdengar suaminya menjerit meminta tolong dan terkejut apabila melihat Mantang berlumuran darah terbaring mengerang kesakitan.

Katanya, ketika itu dia melihat suspek memegang pisau dan cuba merampasnya namun gagal, malah menyebabkannya hampir menerima nasib sama apabila diserang suspek sebelum lelaki itu melarikan diri.
“Ketika itu, saya melihat suami yang berlumuran darah mengerang kesakitan serta memegang lehernya yang cedera sebelum rebah ke lantai.

“Usaha saya untuk menghalang pendarahan pada leher suami dengan sehelai tuala gagal sebelum dia tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.
Katanya, sebelum kejadian, suspek yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran bertandang ke rumahnya petang kelmarin dan menyatakan hasrat untuk bermalam di situ.

“Ketika itu, saya benar-benar bimbang dan menyuarakan perkara itu kepada suami selepas melihat perangai pelik sepupunya yang sering bercakap seorang diri namun tidak dihiraukan suami.

“Malah, saya dan suami serta anak perempuan berusia tiga tahun tidur di luar kerana bilik tidur kami dikunci lelaki itu dari dalam beberapa jam sebelum kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika mengesahkan kejadian itu berkata, gerakan mencari suspek dilakukan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Lima jam tergantung

AMPANG: Selepas lima jam tergantung pada tali, seorang lelaki yang terjatuh ke dalam gaung terselamat daripada maut apabila diselamatkan seorang pendaki profesional ketika mangsa mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati, di sini, bersama lima rakannya, pagi semalam.
Kira-kira jam 9 pagi, iaitu dua jam selepas mereka mula mendaki, Chun Wing Sing, 28, terjatuh ke dalam gaung dan tersangkut pada tumbuhan, tetapi tidak boleh mendaki semula.

Rakannya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak membawa peralatan mendaki secukupnya, namun mangsa bernasib baik kerana seorang pendaki profesional kebetulan melalui laluan itu dan mencampakkan tali ke bawah untuk dipaut Chun bagi mengelaknya terus jatuh ke dalam gaung.
Sumber berkata, mangsa berpaut pada tali berkenaan selama hampir lima jam sebelum sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba dengan peralatan mendaki, menyelamatkannya.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari bukit berkenaan kira-kira jam 3 petang,” katanya.

Difahamkan, Chun yang cedera di muka, badan dan terseliuh kaki kanan, dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.43 pagi dan tiba di lokasi 40 minit kemudian.

Menurutnya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dihantar ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima pegawai dan anggota bomba bagi membantu menyelamatkan mangsa.



Ajal kutip sampah jatuh

RAWANG: Dua pekerja sebuah syarikat sisa pepejal maut manakala tiga rakan mereka terselamat selepas dirempuh kereta yang terbabas di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) selepas susur keluar Sungai Buloh, menghala ke utara, semalam.
Kemalangan jam 3 petang itu dikatakan berlaku akibat pemandu Proton Waja berkenaan mengantuk menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh lima pekerja terbabit yang membersihkan kawasan di tepi lebuh raya.

Jurucakap polis trafik berkata, lima pekerja terbabit membersihkan sampah di lorong kecemasan yang terjatuh dari lori dinaiki mereka.
“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit di belakang lori berkenaan manakala tiga rakan mereka sempat mengelak. “Anggota bomba mengambil masa 10 minit mengeluarkan mayat mangsa iaitu warga India dikenali Solai Alagan, tetapi rakannya belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang doktor, cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



myMetro bullet Setempat

Buaya terjerat





pix_middle
SARATOK: Sangkaan seorang nelayan dia menangkap ikan besar ketika menarik jaring dipasang di Sungai Krian, di sini, kelmarin meleset sebaliknya dikejutkan dengan kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.
Zipni Jali, 42, berkata, ketika menarik jaringnya dengan dibantu anaknya, Faizal, 18, dia terasa sesuatu yang berat tersangkut pada peralatan menangkap ikan itu.

Katanya, pada mulanya dia menyangka ikan besar tersangkut pada jaring, namun terkejut apabila melihat seekor buaya katak terjerat dalam jaring berkenaan. “Saya amat terkejut kerana sepanjang umur hidup ini pertama kali buaya terjerat dalam jaring yang saya pasang,” katanya ketika ditemui.
Menurut Zipni, Sungai Krian menjadi lubuk buaya terutama di sekitar Tanjung Kelimah namun setakat ini belum ada kes serangan ke atas penduduk dilaporkan.

Ketika ditanya apa yang dilakukan kepada buaya itu, Zipni berkata, buaya yang masih hidup itu dilepaskan sejurus jaring yang tersangkut pada mulut buaya itu dilucutkan.

“Saya tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan dan saya tidak membunuhnya kerana saya percaya reptilia ini bersifat pendendam,” katanya.

  • Hanya untuk pelanggan tetap

    KUALA LUMPUR: Tujuh wanita warga asing serta seorang warga tempatan ditahan Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) kerana melakukan aktiviti tidak bermoral ketika pemeriksaan biasa terhadap sebuah pusat hiburan haram di Jalan Pudu, di sini, kelmarin. [+]
  • Pintu ada kod

    KAPAR: Walaupun sudah beberapa kali diserbu polis, tiga premis judi Internet masih beroperasi dan malam kelmarin, sekali lagi diserbu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. [+]
  • ‘Ayah tersepit dirempuh kepala treler’

    KOTA TINGGI: “Kenapa kereta tu? Itu pertanyaan terakhir arwah ayah ketika kami melihat sebuah Proton Saga putih tiba-tiba bergesel dengan sebuah treler sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh Proton Wira yang kami naiki. [+]
  • Kejar Mat Afrika

    PETALING JAYA: Seorang lelaki Afrika yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh kereta dipandunya ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri berhampiran Plaza Tol Sungai Pechala di sini, awal pagi kelmarin. [+]
  • Disengat ketika mandi

    ALOR GAJAH: Percutian sebuah keluarga ke Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, bertukar mimpi menakutkan apabila seorang daripada mereka menjadi mangsa sengatan obor-obor ketika mandi-manda di pantai berkenaan, pagi semalam. [+]
  • Sedar lepas 5 hari koma

    TANJUNG PIANDANG: “Saya bagaikan mati hidup semula.” Itulah kata-kata diluahkan seorang mangsa patukan ular tedung selar, Muhammad Zahid Yahaya, 20, yang tersedar selepas koma lima hari di Hospital Besar Teluk Intan. [+]
  • ‘Kemaruk jadi PM’

    SANDAKAN: Pemimpin pembangkang hanya petah bercakap seperti penjual ubat, tetapi belum tentu membawa kebaikan kepada rakyat. [+]
  • RM5j bina masjid baru

    SANDAKAN: Pembinaan masjid baru Lupak Meluas, di sini, bernilai RM5 juta mendapat pelbagai reaksi positif di kalangan masyarakat tempatan khususnya penduduk beragama Islam di Parlimen Batu Sapi. [+]
  • Komponen BN perlu jujur capai wawasan

    SANDAKAN: Kerajaan tidak mengharapkan kemenangan semata-mata ketika Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang, tetapi juga mahu memastikan hala tuju, semangat dan masa depan negara terus utuh dalam usaha mencapai Wawasan 2020. [+]
  • Negara Islam perlu fahami orang muda

    KUALA LUMPUR: Negara Islam perlu memahami dengan baik kehendak golongan muda dengan cara mengambil tahu dan mengerti perubahan demografi dan teknologi yang menyelubungi dan menjejaskan kehidupan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. [+]
  • DAP angkuh

    PORT DICKSON: Sasaran DAP untuk menambah bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, dilihat sebagai angkuh untuk menguasai lebih banyak kerusi dan pengaruh di kalangan komponen Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. [+]
  • Pas, PKR juga mahu tambah calon

    KUALA LUMPUR: “DAP berasakan partinya bertambah sokongan daripada rakyat kerana itu mereka minta kerusi tambahan,” kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution yang mengulas hasrat parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu yang mahukan tambahan 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). [+]
  • Kecualikan bayaran

    PUTRAJAYA: Perbincangan mengenai pengecualian bayaran tambahan kepada pelancong asing yang membawa basikal sedang dilakukan bersama pihak Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia dalam usaha mempromosi pakej pelancongan berbasikal di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. [+]
  • Negara perlu usahawan pertanian

    PUTRAJAYA: Kadar import bahan dan produk makanan dari luar negara boleh dikurangkan sehingga ke tahap 10 peratus sekiranya lebih ramai golongan muda digilap dan diberi latihan untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badruddin Amiruldin. [+]
  • Keluarga sudah dimaklum

    KUALA LUMPUR: Mayat rakyat Malaysia, Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dipercayai suspek pengebom yang ditembak mati di sebuah hotel di Davao, Filipina, oleh polis negara itu Jumaat lalu, akan dibawa pulang ke negara ini selepas siasatan pihak berkuasa negara berkenaan selesai. [+]
  • Wanita cuba selamat kakak dipukul abang ipar

    KUALA LUMPUR: Demi kasih kepada kakak, seorang wanita sanggup menjadi sasaran belasahan abang iparnya, termasuk diterajang hingga cedera di Damansara Damai di sini, kelmarin. [+]
  • Memang berbaloi!

    SHAH ALAM: Ini kali ketiga saya menyertai Gempak Santai Harian Metro sepanjang tahun ini,” kata Nabila Farhana Abdul Aziz, 21, antara pemegang tiket percuma yang ditemui di Program Gempak Santai Harian Metro (HM) di WaterWorld@i-City, Shah Alam, semalam. [+]
  • Capai sasaran

    SHAH ALAM: Taman tema WaterWorld@i-City di sini, yang menutup tirai Program Gempak Santai Harian Metro (HM) tahun ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 10,000 orang mengujunginya semalam, iaitu hari terakhir penganjuran. [+]
  • Lebih 8,000 tonton konsert penutup

    SHAH ALAM: Lebih 8,000 orang menyaksikan Konsert Gempak Santai Harian Metro (HM) di i-Walk i-City di sini, yang menampilkan kumpulan May, Bandi Amuk, Ezad Lazim, Haiza, Ezad Lazim dan Ainan Tasneem, malam kelmarin. [+]
  • Cair penampilan lembut

    KUALA LUMPUR: “Orang kita, bila tengok penampilan lembut, guna istilah agama mudah terikut, apa lagi jika seseorang itu petah berkata-kata...Pasti mudah dipengaruhi,” kata Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Sulaiman Selamat, di sini, semalam. [+]
  • Kucing Parsi kesayangan jadi santapan ular sawa

    KUCHING: Seorang lelaki terkejut apabila kucing Parsi miliknya yang disangkakan hilang ditemui menjadi habuan ular sawa sepanjang enam meter di dapur rumahnya di Jalan Astana, di sini, kelmarin. [+]
  • Rompak budak 2 tahun

    KOTA BHARU: “Ketika kejadian, saya terlebih makan pil khayal dan tidak berniat cederakan sesiapa. Saya rayu hukuman ringan dijatuhkan... Yang Arif,” kata seorang penganggur, Mohd Suhaidee Hussin, 33, sebelum dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. [+]
  • 3 menyamar pegawai kastam ditangkap polis

    PERMAISURI: Cubaan tiga lelaki menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi memeras ugut peniaga membawa padah apabila ditahan polis dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Taman Kancil Jaya, di sini, pada Jumaat lalu. [+]
  • Istimewa nasi lemak sushi

    KUALA LUMPUR: Nasi lemak sushi, durian goreng dan karipap bai antara sajian gabungan moden serta tradisional yang menarik lebih 2,000 pengunjung ke Pesta Makanan Penjaja Fabulous Food 1Malaysia di Pasar Seni, di sini, semalam. [+]
  • 56 ‘ratu’ lawat Putrajaya

    PUTRAJAYA: Tertarik dengan konsep ‘bandar dalam taman’ dibangunkan dengan keunikan tersendiri, 56 peserta Miss Tourism International (MTI) 2012 mengambil kesempatan mengunjungi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam. [+]
  • Senaman adalah ubat

    APABILA kita bercakap mengenai ‘ubat’ selalunya kita hanya terbayangkan pil, kapsul atau suntikan yang diberikan oleh doktor. [+]
  • Lebih jimat, tak sesak

    KUALA LUMPUR: Mengharungi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak ketika pergi dan pulang kerja serta kos sara hidup yang tinggi menyebabkan orang ramai mencari pelbagai alternatif, termasuk menggunakan perkhidmatan awam. [+]
  • Masalah parkir sukar diatasi

    KUALA LUMPUR: Kekurangan tempat letak kereta di ibu kota turut mempengaruhi orang ramai menggunakan perkhidmatan awam atau menaiki motosikal ke kawasan padat di tengah ibu kota untuk ke tempat kerja. [+]
  • Pengangkutan awam makin selesa

    KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pengguna pengangkutan awam menganggap kemudahan yang disediakan kerajaan itu semakin baik dan selesa. [+]



    Serbegeth cadang Kim Swee


    WAN ZACK...antara pemain yang digilap Kim Swee
    WAN ZACK...antara pemain yang digilap Kim Swee
    BEKAS pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh berpendapat sudah tiba masanya tugas mengendalikan skuad Harimau Malaya diserahkan kepada Ong Kim Swee berikutan kegagalan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012.
    Menurut Serbegeth atau turut dikenali dengan panggilan Shebbie, pandangan disuarakan itu bukan hanya berasaskan kepada kegagalan di Piala AFF baru-baru ini, sebaliknya ia mengambil kira prestasi skuad negara yang merosot selepas bergelar juara rantau Asia Tenggara dua tahun lalu.

    Bagi Penasihat Global kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers itu, skuad kebangsaan sepatutnya meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi namun ia sebaliknya berlaku di bawah pimpinan Rajagobal.

    “Selepas kita menjuarai Piala AFF, kita masih lagi dalam era eksperimen pemain, sepatutnya kita sudah melangkah ke satu tahap lagi, tapi sebaliknya kita seperti masih ‘meraba-raba’.

    “Kita melakukan eksperimen dengan mengharapkan kita boleh berada di kemuncak prestasi dua tahun kemudian. Untuk maju ke depan, kita harus memiliki jurulatih yang boleh meningkatkan prestasi pasukan yang kita miliki sekarang dan bukannya membentuk pasukan baru.

    “Jangan fikir pandangan saya ini satu kritikan, sebaliknya ia satu persoalan yang harus kita bincangkan bersama, adakah Rajagobal mampu meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih kebangsaan?” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.


    Shebbie yang kini berada di London mengakui tidak boleh memberi ulasan terperinci mengenai permainan skuad kebangsaan dalam kejohanan AFF kali ini kerana hanya melihat sebahagian aksi menerusi YouTube.

    Namun berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh dua tahun selepas Malaysia menjadi juara kali pertama Piala AFF, skuad kebangsaan berada dalam era kemerosotan selepas gagal melayakkan diri dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014, kejatuhan ranking negara berikutan beberapa aksi buruk dalam aksi persahabatan antarabangsa yang dianggap tidak penting oleh Rajagobal.

    Rajagobal, 56, dianggap jurulatih tempatan paling berjaya apabila membimbing skuad negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 serta Piala AFF 2010 di Jakarta dengan menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2.

    Biarpun menyaksikan anak buahnya tersingkir di peringkat separuh akhir menerusi agregat 3-1 di tangan Thailand pada kejohanan Piala AFF Khamis lalu, Rajagobal masih mahu meneruskan misi utamanya iaitu kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari depan.

    Manakala Kim Swee yang terkenal dengan kepakarannya menggilap pemain muda seperti Mohd Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbart pula menggalas misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun depan selepas kejayaan di Jakarta tahun lalu.

    “Dua masalah timbul jika Rajagobal terus menjadi jurulatih iaitu adakah pemain percaya dengan kemampuannya serta tekanan daripada penyokong sendiri,” jelas Shebbie.

    Ketika ditanya kenapa jurulatih Harimau Muda A, Kim Swee yang menjadi pilihannya, bekas pemain pertahanan kebangsaan itu berkata: “Sudah tiba masanya untuk Kim Swee diberikan tanggung jawab lebih besar. Kita kena tahu, kejayaan bola sepak negara berasaskan kepada sistem pembangunan bola sepak di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

    “Kim Swee cukup arif dengan sistem ini kerana beliau membimbing Harimau Muda A yang memiliki ramai pemain yang bagus. Jika beliau diberi peluang, beliau boleh menggabungkan dua pemain dari dua generasi iaitu generasi pemain Rajagobal dan generasi pemain Harimau Muda A yang ada sekarang. Dengan dua generasi ini kita boleh memiliki satu pasukan yang mantap. Tapi masalahnya siapa yang boleh menggantikan tempat Kim Swee bersama Harimau Muda? Bagaimanapun, Shebbie mengingatkan agar sumbangan dan kepakaran yang dimiliki Rajagobal tidak boleh diketepikan begitu saja.

    “Rajagobal banyak berjasa kerana sudah membawa kita ke satu tahap baru, mungkin beliau boleh dilantik menjadi penasihat teknikal untuk melihat keseluruhan sistem termasuk skuad belia. Kerana beliau juga pernah membimbing skuad belia sebelum ini,” jelasnya.
    • Garcia gah

      HAYUNAN konsisten dengan membenam 11 birdie pada aksi terakhir Terbuka Iskandar Johor 2012 memastikan bintang golf Sepanyol, Sergio Garcia muncul juara buat pertama kali mengetepikan pencabar terdekat, Jonathan Moore dari Amerika Syarikat dengan kelebihan tiga pukulan pada saingan akhir di Kelab Golf Horizon Hills, semalam. [+]
    • Kelly pertahan gelaran kali ketiga

      PEMAIN golf kebangsaan Kelly Tan mempertahankan gelaran juara kategori remaja perempuan buat kali ketiga berturut-turut pada Kejohanan Golf Cabaran Tan Sri Muhyiddin 2012 (TSM 2012) di Glenmarie Golf and Country Club, semalam. [+]
    • MM Bike Centre juarai Endurance Kapcai

      BERJAYA melakukan 99 pusingan dalam tempoh dua jam menyaksikan pasukan MM Bike Centre muncul juara kategori 100cc pada Kejohanan Endurance Kapcai Edisi Ke-5 di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) Ayer Keroh, semalam. Pasukan itu turut mencatat masa terpantas 1:03.07s sepusingan mengatasi lapan pasukan lain. [+]
    • Kedah iktiraf Mansor

      NAIB Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Datuk Mansor Ismail dinobatkan sebagai tokoh pemimpin sukan negeri Kedah sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM2,000 dalam Anugerah Sukan untuk Semua (Asus), malam kelmarin. [+]
    • Milo terus komited lahir generasi sihat

      MILO cukup sinonim dengan aktiviti riadah membabitkan belia tanah air, buat kali kelima mereka sekali lagi terbabit memeriahkan Cabaran Bakat Futsal Hulu Bernam selaku penaja utama program anjuran Jawatankuasa Penganjur Hulu Bernam Selatan pada 29 Disember ini. [+]
    • Peluang si cilik pamer bakat main bola

      KANAK-kanak bawah 12 tahun berpeluang mempamerkan bakat bola sepak masing-masing dengan menyertai Kejohanan Bola Sepak Perpaduan 7 Sebelah Bawah 12 Tahun bertemakan Samba Bola dijadual berlangsung pada 23 Disember ini bertempat di Kompleks Sukan Rakan Muda, Alor Gajah, Melaka. [+]
    • Amir tewaskan Molina

      LOS ANGELES: Peninju Britain, Amir Khan kembali melakar kemenangan selepas berdepan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini, menamatkan pertarungan 10 pusingan menentang peninju Amerika yang belum pernah ditewaskan, Carlos Molina dalam kategori light-welterweight, semalam. [+]
    • Lochte cipta rekod baru dunia

      ISTANBUL: Bintang Amerika, Ryan Lochte meneruskan aksi luar biasa pada kejohanan renang ‘short course’ dunia apabila mencipta rekod baru dunia, 50.71s dalam acara 100 meter individu rampaian separuh akhir. [+]
    • Sengat Klose

      ROME: Lazio merapatkan jurang lima dengan pendahulu Serie A, Juventus selepas Miroslav Klose menjaringkan gol kemenangan lewat permainan 1-0 ke atas pencabar kejuaraan Inter Milan, awal pagi semalam. [+]
    • Malaga kukuh kedudukan

      MADRID: Malaga mengukuhkan kedudukan di tangga keempat liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Sevilla awal pagi semalam sekali gus melakar kemenangan pertama La Liga di gelanggang lawan sejak September. [+]
    • Gol Kiessling julang Leverkusen

      BERLIN: Stefan Kiessling (gambar) meledak dua gol untuk membantu Bayer Leverkusen merakam kemenangan 3-0 ke atas Hamburg untuk terus memberi tekanan kepada peneraju Bundesliga manakala Schalke 04 pula tumpas 1-3 di laman sendiri kepada Freiburg, kelmarin. [+]
    • Chelsea terkedu

      YOKOHAMA (Jepun): Paolo Guerrero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-69 untuk membantu juara Amerika Selatan, Corinthians mengejutkan Chelsea sekali gus menjuarai Piala Kelab Dunia, semalam. [+]
    • Mesej jelas dari City

      NEWCASTLE: Roberto Mancini percaya kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Newcastle United di tempat lawan memberi mesej jelas mereka masih dalam landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.[+]
    • Cleverley makin mantap

      MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya Tom Cleverley berjaya meningkatkan tahap permainannya bersama kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris itu. [+]
    • Taarabt pamer aksi menakjubkan

      LONDON: Pengurus Queens Park Rangers (QPR), Harry Redknapp memuji Adel Taarabt selepas pemain antarabangsa Maghribi itu meledak dua gol ketika membantu kelabnya mencatat kemenangan ke atas Fulham sekali gus meraih kemenangan pertama mereka musim ini. [+]
    • Perak janji ganda hadiah

      KERAJAAN negeri akan menggandakan hadiah wang yang dimenangi seandainya Perak muncul juara Piala Emas Raja-Raja musim 2012. [+]
    • Butler uji keserasian pemain

      T-TEAM akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Myanmar di Yangon selama seminggu mulai esok. [+]
    • Cuba tonggak import

      SEJAUH mana keupayaan skuad gabungan tenaga muda dan berpengalaman Perlis yang bakal menggalas cabaran pada kempen Liga M musim depan akan diuji apabila menentang Perak pada perlawanan persahabatan di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam ini. [+]
    • Azraai bentuk keserasian

      KEPUTUSAN perlawanan tidak penting sebaliknya ketua jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah menjadikan tiga perlawanan pemanas badan semasa Jelajah Utara mulai hari ini sebagai pentas membentuk keserasian dan meningkatan persefahaman sepasukan. [+]
    • Yi Ting baharui dua rekod

      BUKAN saja meraih pingat emas, Siow Yi Ting (gambar) cemerlang membuka tirai acara renang AUG di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional Vientiane, semalam dengan memperbaharui dua rekod temasya. [+]
    • Eksperimen kedua Revington di Doha

      SELEPAS eksperimen pertamanya melakukan rombakan besar ke atas skuad negara menjadi pada kempen Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina baru-baru ini, Paul Revington (gambar) meneruskan perjudiannya pada saingan Trofi Juara-Juara Asia yang berlangsung di Doha, Qatar bermula 20 Disember ini. [+]
    • Uji pelumba sebelum LTdL

      BAYANGAN sebenar skuad lebuh raya Malaysia yang bakal beraksi pada Le Tour de Langkawi 2013 (LTdL 2013) bakal ditentukan pada dua kejohanan terakhir tahun ini - Tour of Vietnam 2012 (ToV 2012) dan Kejohanan Grand Prix Kebangsaan Sirkit Melaka (GP Melaka). [+]
    • Misi balas dendam, tebus kecewa

      SKUAD bola sepak negara tampil dengan misi untuk bangkit menebus kekecewaan menentang Thailand pada pertemuan separuh akhir hari ini. [+]
    • Rajagobal tetap tagih harapan

      KETUA jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal menganggap peluang anak buahnya untuk merebut tiket ke final Piala AFF 2012 masih terbuka meskipun mereka gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri pada separuh akhir pertama menentang Thailand, malam tadi. [+]
    • Filipina tergamam!

      MANILA: Penyokong peninju Filipina tergamam dan bangun daripada tempat duduk sewaktu menyaksikan idola mereka, Manny Pacquiao jatuh tersungkur di atas gelanggang ketika menentang peninju Mexico, Juan Manuel Marquez di Las Vegas. [+]
    • Australia padam kekecewaan

      MELBOURNE: Australia bangkit memadamkan kekecewaan mereka pada temasya Sukan Olimpik London dengan menjuarai Trofi Juara-Juara buat kali kelima berturut-turut selepas menundukkan Belanda 2-1 pada waktu tambahan, semalam. [+]
    • Senior juara Terbuka Australia

      SYDNEY: Peter Senior menggunakan segala pengalaman sepanjang 34 tahun bergelar pemain profesional untuk melawan tiupan angin kuat dan muncul juara Terbuka Australia dengan kelebihan satu pukulan, 23 tahun selepas kali pertama menjulang Piala Stonehaven. [+]
    • Ozil atur kebangkitan

      MADRID: Mesut Ozil menjaringkan dua gol menarik untuk memastikan Real Madrid mencipta kebangkitan menewaskan Real Valladolid 3-2, kelmarin, sekali gus meletakkan skuad kendalian Jose Mourinho hanya dua mata di belakang pasukan di tangga kedua, Atletico Madrid dalam kempen La Liga. [+]
    • Totti ledak dua gol

      ROME: Francesco Totti meledak dua gol untuk membantu AS Roma merakam empat kemenangan berturut-turut dengan menumpaskan Fiorentina 4-2 dalam aksi Serie A semalam. [+]


      myMetro bullet Bisnes
      Dana khas penjaja kecil

      PERBADANAN Nasional Bhd (PNS) menyediakan dana khas dengan peruntukan awal RM4.2 juta untuk tempoh setahun sebagai pembiayaan dan bimbingan bagi membangunkan peniaga dan penjaja kecil Bumiputera sebagai penyedia lesen perniagaan dan francaisor.
      Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, ia akan digunakan antaranya untuk menaik taraf kalangan peniaga dan penjaja kecil terutama Bumiputera yang berdaya maju bagi dinaik taraf dan dibangunkan sebagai francaisor.

      “Ketika ini kami sedang mengenal pasti 50 peniaga dan penjaja kecil yang berdaya maju, terutama Bumiputera untuk dinaik taraf dan dibangunkan sebagai francaisor menerusi Program Transformasi Perniagaan.
      “Program ini antara inisiatif kerajaan dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi hab perniagaan francais, sekali gus membantu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya kepada Bisnes Metro.

      Untuk itu, katanya, PNS akan bekerjasama dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera bagi mengenal pasti peniaga dan penjaja berpotensi.

      “PNS akan menyediakan pinjaman sehingga 90 peratus dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun kepada peminjam di bawah Program Transformasi Perniagaan ini.
      “Mereka yang dikenal pasti akan lebih dulu dibangunkan menggunakan konsep perniagaan pelesenan. Selepas dua hingga tiga tahun, mereka akan dinaik taraf kepada francaisor dan program ini juga bertujuan mewujudkan peluang perniagaan kepada peniaga kecil yang lain,” katanya.

      Syed Kamarulzaman berkata, program itu turut membabitkan peniaga dan penjaja dalam semua sektor perniagaan yang boleh dikembangkan menggunakan model pelesenan serta francais selain boleh dibantu meluaskan pasaran ke pasaran antarabangsa.
      • Nasim optimis jual 6,000 unit Peugeot

        NASIM Sdn Bhd, pengedar kenderaan Peugeot di negara ini yakin untuk menjual 6,000 unit kereta Peugeot sehingga November tahun ini selain memperuntukkan pelaburan RM3 juta bagi membuka cawangan ketujuhnya, Peugeot Blue Box Kota Damansara. [+]
      • PUNB beli premis niaga RM20 juta

        PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan mempelbagaikan lagi fokus perancangannya kepada pelbagai segmen bagi membantu usahawan Bumiputera apabila memperuntukkan RM20 juta untuk membeli premis dan pusat perniagaan tahun ini. [+]
      • Misi dagang India tarik pelaburan RM191j

        MISI perdagangan dan pelaburan ke Mumbai serta Hyderabad di India berjaya menarik potensi pelaburan sebanyak RM191 juta menerusi pelbagai sektor seperti komponen elektrik, farmaseutikal, perkhidmatan teknologi maklumat (IT), pertanian dan pemprosesan makanan, pembangunan infrastruktur dan peranti perubatan. [+]
      • Bantu nilai pekerja berskil

        MALAYSIA memerlukan 50 peratus pekerja mahir daripada keseluruhan tenaga kerja untuk muncul sebagai negara maju menjelang 2020 berbanding hanya 28 peratus daripada 12 juta pekerja ketika ini. [+]
      • Lamborghini unjur jualan RM24j

        AUTOMOBILI Lamborghini (Lamborghini) mengunjurkan jualan RM24 juta untuk model kereta sports mewah Lamborghini Aventador Roadster terbaru di negara ini menjelang akhir 2013. [+]
      • Tingkat jualan RM1.5j

        PIZZA Pah Foods Sdn Bhd (Pizza Pah), jenama piza keluaran Bumiputera menyasarkan jualan RM1.5 juta tahun depan disokong oleh penembusan pasaran produk pizza sejuk beku ke Iran dan Dubai tahun depan. [+]
      • AirAsia tempah 100 pesawat baru

        AIRASIA membuat tempahan baru dengan Airbus bagi membeli 100 lagi pesawat dalam keluarga A320, meliputi tambahan 64 pesawat A320neo dan 36 pesawat A320ceo bagi operasinya di seluruh rangkaian syarikat itu. [+]
      • VLCC ambil alih Wyann

        PENERAJU penjagaan kesihatan antarabangsa, Kumpulan VLCC (VLCC) mengumumkan pengambilalihan operasi syarikat pelangsingan dan kecantikan terkemuka Malaysia, Wyann International (M) Sdn Bhd (Wyann International) sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara ke-10 operasi VLCC di Asia Selatan serta Timur Tengah. [+]
      • Aeon lancar gedung beli-belah ke-3 di Perak

        AEON Co (M) Bhd (Aeon) melancarkan gedung beli-belah ke-27 di Manjung, Perak menjadikan ia gedung ke-3 beroperasi di Perak selepas Aeon Kinta City dan Aeon Station 18. [+]
      • Transformasi produk PKS

        KERAJAAN menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang kini menyumbang 33 hingga 34 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 40 peratus. [+]
      • Perlu 35,000 bakat kewangan Islam

        MALAYSIA memerlukan kira-kira 35,000 bakat kewangan Islam menjelang 2030 untuk menampung pertumbuhan pesat industri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM), Datuk Dr Adnan Alias.[+]
      • Pulangan lebih kompetitif

        PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tidak lama lagi. [+]
      • Motosikal mewah

        BOON Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda), pengimport dan pengedar motosikal Honda di negara ini, melancarkan motosikal skuter berkuasa tinggi, Integra khusus untuk pengguna yang ingin mencari pengalaman menunggang dengan ciri berprestasi dan serba mewah. [+]
      • Lanceford anjur ekspo makanan antarabangsa

        LANCEFORD Exhibitions (M) Sdn Bhd (Lanceford) penganjur ekspo makanan antarabangsa, Taste Fully Food & Beverage Expo bakal mengadakan ekspo kali kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 14 hingga 16 Disember ini. [+]


        Jacintha salahkan DJ, hospital


        LONDON: Jururawat yang membunuh diri selepas diperdaya dua hos radio, didakwa meninggalkan nota dan menyalahkan pemanggil dari Australia itu atas kematiannya. Menurut sumber yang rapat dengan keluarga Jacintha Saldanha, mangsa meninggalkan tiga nota sebelum menggantung dirinya.
        Kata sumber itu, Jacintha menulis surat ringkas menyatakan rasa marahnya kepada dua penyampai radio Australia itu dan menyalahkan mereka atas tindakannya membunuh diri. Dalam surat lain, katanya, Jacintha, 46, mengkritik kakitangan hospital tempatnya bekerja.

        “Jacintha menyebut dua nama untuk dipersalahkan,” katanya. Jacintha ditemui mati dengan lehernya dijerut skaf di kediaman kakitangan Hospital King Edward VII di London, beberapa hari selepas dia menyedari diperdaya penyampai radio.

        Dalam kejadian itu, dua penyampai terbabit, Mel Greig dan Michael Christian - menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles untuk mendapatkan maklumat mengenai Kate Middleton.

        Duchess of Cambridge itu ditempatkan di hospital berkenaan selepas mengalami masalah kesihatan akibat hamil. Difahamkan, seorang daripada penyampai radio itu menghubungi semula hospital berkenaan dan bercakap dengan Jacintha sambil mengaku menyamar sebelum itu.

        Penyampai terbabit turut memaklumkan panggilan berkenaan akan disiarkan di stesen mereka. Pengakuan itu menyebabkan Jacintha “keliru dan gelisah.” Kedua-dua penyampai radio itu meminta maaf atas tindakan mereka selepas Jacintha membunuh diri. Sementara itu, Hospital King Edward VII mendakwa, tiada mana-mana kakitangannya menyalahkan Jacintha kerana diperdaya. Malah, kata jurucakap hospital itu, mereka menyokong Jacintha.


        Namun, hospital berkenaan percaya, ada antara rakan sekerja Jacintha memarahinya melalui e-mel.

        Apabila rakan keluarga Jacintha itu ditanya sama ada mangsa dimarahi rakan sekerja kanannya, dia berkata: “Anda rasa bagaimana?” - DM


        • Derita budak alami ketumbuhan 4kg di muka bakal berakhir

          KAMPALA: Seorang budak perempuan akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar bola sepak di muka sebelum ia mungkin meragut nyawanya. [+]
        • Lanza guna raifal tentera

          NEWTOWN (Connecticut): Pemuda yang menyerang sekolah kelmarin, menggunakan raifal untuk membunuh mangsa yang kebanyakannya berusia enam dan tujuh tahun, kata pihak berkuasa, semalam. [+]
        • Polis masih siasat motif serangan

          NEWTOWN (Connecticut): Polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan 20 kanak-kanak dan enam dewasa di sebuah sekolah oleh seorang penyerang, minggu lalu. [+]
        • Ketua balai polis seludup dadah

          NAN (Thailand): Lima anggota polis dari balai polis di wilayah Nan, termasuk ketua balai, dipecat kerana didapati menyeludup satu juta pil syabu. [+]
        • 1,020 korban Taufan Bopha

          MANILA: Jumlah mangsa maut dalam taufan kuat yang melanda Filipina awal bulan ini, melepasi 1,000 orang manakala beratus-ratus lagi belum ditemui, kata kerajaan, semalam. [+]
        • SINGAPURA: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana memecah masuk sebuah rumah dan mengelar dua penghuni flat itu dengan pisau. [+]
        • Patriot agenda Barat cetus perang

          TEHERAN: Panglima Tentera Iran semalam memberi amaran kepada Ankara berhubung rancangan negara itu menghantar peluru berpandu buatan Amerika Syarikat (AS), Patriot, ke sempadan Turki - Syria. [+]
        • Bekas Presiden Mesir cedera jatuh dalam bilik mandi penjara

          KAHERAH: Bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak, dilaporkan cedera selepas tergelincir dalam bilik mandi penjara, semalam. [+]
        • Parti Mursi dakwa menangi undian

          KAHERAH: Kumpulan Islam yang menyokong perlembagaan baru Mesir semalam mendakwa pungutan suara dijalankan kelmarin memihak kepada mereka. [+]
        • 2 DJ tertekan, jalani kaunseling

          LONDON: Dua juruhebah Australia yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge masih bersembunyi semalam, tetapi memberitahu majikan mereka, masing-masing ingin membuat permohonan maaf secara terbuka. [+]
        • Galloway kritik larangan pakai hijab di Parlimen Britain

          LONDON: Kekangan baru terhadap hijab dipakai wanita Islam di Dewan Rakyat Britain dikritik ahli Parlimen, George Galloway semalam. [+]
        • Sorok dadah dalam kemaluan

          BANGKOK: Polis semalam menahan dua suspek wanita yang menyembunyikan 5,900 pil methamphetamine dalam kemaluan dan seluar dalam mereka. [+]
        • Drebar teksi larikan barangan penumpang

          MANILA: Seorang pemandu teksi dtahan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino semalam kerana didakwa melarikan barangan milik dua penumpangnya. [+]
        • 21 wanita Thai diselamat daripada sindiket pelacuran

          BANGKOK: Lima wanita tempatan semalam tiba ke tanah air selepas diselamatkan dari rumah pelacuran di Bahrain minggu lalu. [+]
        • 11 tan dadah dirampas

          TEHERAN: Polis peronda sempadan Iran berjaya merampas lebih 11 tan dadah, membunuh seorang penyeludup, dalam satu rampasan terbesar sejak Revolusi Islam pada 1979, lapor media, semalam. [+]
        • Bapa tertembak mati anak lelaki 7 tahun

          PITTSBURGH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditembak mati secara tidak sengaja oleh bapanya di sebuah tempat letak kereta kedai menjual kereta api di barat Pennsylvania, semalam. [+]
        • Keluarga terkejut Jacintha bunuh diri

          BANGALORE: Keluarga jururawat yang meninggal dunia selepas ditipu oleh rancangan radio Australia ketika cuba menghubungi isteri Putera William di London berkata, mereka terkejut dengan berita buruk itu. [+]


          ‘Singapore Street’ serba ada

          JADI TUMPUAN ...Singapore Street sentiasa menjadi tumpuan peniaga kecil.
          JADI TUMPUAN ...Singapore Street sentiasa menjadi tumpuan peniaga kecil.
          SEREMBAN: Kedudukannya hanya terletak pada laluan kira-kira 100 meter panjang tetapi ia begitu popular bukan saja dalam kalangan penduduk di negeri ini, malah negeri berhampiran kerana keunikannya menjual 1001 barangan keperluan harian pada harga rendah dan munasabah.
          ‘Singapore Street’ yang terletak di tengah-tengah bandar ini begitu unik kerana deretan 14 kedai lama itu menjual aneka barangan termasuk keperluan harian yang dijual secara runcit dan borong hingga menyebabkan ia bagaikan sebuah pusat beli-belah.
          Antaranya alat tulis, barangan plastik, aluminium, pinggan mangkuk, percetakan, barangan elektrik, barang mainan, permainan komputer, alat perhiasan diri dan ringkasnya semua barangan terdapat di situ termasuk keperluan untuk semua bangsa.

          Singapore Street dikatakan dibuka sebelum Perang Dunia Kedua, malah ada premis di situ yang mencecah usia seabad.


          Lokasinya terletak di belakang Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan iaitu bangunan kedua tertinggi selepas Wisma MAA di bandar ini.

          Dengan harga dikenakan lebih murah berbanding di premis lain, Singapore Street bukan saja menjadi tumpuan peniaga kecil, pasar malam malah suri rumah tangga.

          Disebabkan bekalan yang pelbagai, pelanggannya juga terdiri daripada pelbagai bangsa, tidak kira had umur, yang kecil, tua dan muda, setiap hari tertumpu di premis perniagaan di situ bagi mendapatkan barangan yang mereka inginkan.

          Walaupun banyak pusat beli-belah moden dibina di bandar ini, Singapore Street tetap menjadi pilihan orang ramai lantaran pelbagai barangan yang mudah diperoleh di situ, hingga ada kalanya peniaga di situ tidak cukup tangan melayani pelanggan.

          “Kita tidak perlu bersusah payah buat pasport untuk perjalanan jauh ke Singapura. Di Seremban pun ada,” adalah antara ungkapan masyarakat tempatan mengenai Singapore Street yang terletak di Jalan Siow Loong Hin.

          Peniaga barangan runcit, Kong Pan Seong, 60, mengakui Singapore Street menjadi tumpuan namun tidak ramai yang mengetahui sejarah bagaimana tempat itu dinamakan begitu rupa.

          Dia yang berniaga di situ sejak 30 tahun lalu, berkata suatu ketika dulu banyak lori yang datang memunggah barangan perdagangan di situ dari Singapura hingga menyebabkan masyarakat setempat menamakan kawasan itu Singapore Street kerana kesibukannya.

          “Saya difahamkan kedai di sini sudah wujud lebih 100 tahun. Keunikan kawasan ini kerana ia menawarkan 1001 barangan keperluan. Sikap semua peniaga di sini melayani pelanggan dengan baik dan sama rata tanpa mengira kaum menyebabkan orang ramai sukan berbelanja.

          “Tidak hairanlah, Singapore Street sangat sibuk setiap hari, malah bertambah sibuk ketika masyarakat majmuk di negara ini bakal menyambut perayaan masing-masing, tidak kira hari raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali dan Krismas kerana kadangkala pelancong asing juga turut membeli barangan di sini.

          “Kalau cuti sekolah pun sibuk juga, tapi musim perayaan banyak orang datang cari bekalan tepung dan bahan untuk membuat kuih selain barangan plastik,” katanya.

          Kong berkata, walaupun jalan itu ditukar nama kepada Jalan Siow Loong Hin mulai 1970-an bersempena dengan nama seorang tokoh tempatan, kebanyakan penduduk setempat lebih mengenali Singapore Street.

          Seorang lagi peniaga, Zuliawati Abdullah, 38, dari Pedas, Rembau, berkata semua barangan perniagaannya dibeli di Singapore Street kerana harganya lebih murah berbanding di tempat lain.

          Dia yang menjalankan perniagaan makanan ringan sejak lebih 20 tahun lalu, mengakui Singapore Street menjadi pilihannya kerana semua barangan yang diperlukan terdapat di situ.

          “Saya mengambil stok secara pukal dari kedai di kawasan ini sejak lebih 20 tahun lalu kerana perbezaan harga yang sedikit memberi keuntungan kepada saya.

          “Murah sangat tidaklah, tapi kita dapat jimat 20 hingga 50 sen bagi satu produk makanan ringan. Itu sudah mencukupi,” katanya ketika memilih pelbagai barangan makanan ringan pelbagai jenama dari sebuah kedai di Singapore Street.

          Bagi Noriati Mohd Shah, 55, dari Ampangan berkata, walaupun dia bukan seorang peniaga, tetapi Singapore Street sering kali dikunjunginya untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan rumah kerana harga di situ boleh melakukan tawar menawar.

          Menurutnya, ada kalangan peniaga yang boleh bertolak ansur dari segi harga, bagaimanapun bagi barangan yang tidak boleh ditawar, harganya masih dianggap rendah.

          “Saya suka membeli barangan di sini kerana mudah diperoleh disebabkan hampir semua barangan termasuk tradisional seperti tudung saji rotan, periuk, termos air, kerusi, payung dan pelbagai alat mainan kanak-kanak ada dijual,” katanya.


          • Tak sabar tunggu surau baru

            SHAH ALAM: Penduduk Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini, gembira kerana bakal menerima sebuah surau bernilai RM500,000 dalam tempoh kurang empat bulan lagi. [+]
          • Jalan berlopak ancam penunggang motosikal

            MELAKA: Permukaan bahu jalan yang berlopak di tepi jalan utama Batang Tiga, Klebang, bertentangan sebuah pasar raya di sini, dibimbangi boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal. [+]
          • Tupperware bantu 50 anak yatim, miskin

            KLANG: Seramai 50 anak yatim dan miskin dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi (RPHK) di Jalan Kapar, di sini, gembira menerima bantuan persekolahan disalurkan syarikat jualan langsung Tupperware Brands Malaysia Sdn Bhd (Tupperware), baru-baru ini. [+]
          • 5,000 hadir

            RAWANG: Lebih 5,000 pengunjung menjayakan sambutan Karnival Koperasi Bandar Tasik Puteri (KOBTP), baru-baru ini. [+]
          • Taman tasik ‘port’ maksiat

            PORT DICKSON: Kawasan perumahan tersusun dengan prasarana serba lengkap menjadikan Bandar Springhill, di sini, sebuah penempatan idaman bagi setiap keluarga. [+]
          • Bau busuk 10 tahun

            MASAI: Kira-kira 400 penduduk di Jalan Kempas 7 dan 10, Taman Megah Ria di sini, bukan saja terpaksa menghidu bau busuk setiap hari sejak 10 tahun lalu, malah berdepan ancaman nyamuk akibat sistem kumbahan tersumbat. [+]
          • Sarang ponteng

            KUALA LUMPUR: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam, di sini, yang dibuka, baru-baru ini, kini menjadi lokasi kaki ponteng pelajar dari sekolah berhampiran untuk melepak. [+]
          • Muzium 10,000 barang mainan

            MELAKA: Dipenuhi lebih 10,000 barangan permainan daripada era 40-an sehingga kini menjadikan Muzium Mainan Melaka di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru, dekat sini, amat istimewa untuk dilawati. [+]
          • ‘Bandar hantu’

            PELABUHAN KLANG: Ibarat bandar ‘hantu’. Itulah gambaran keadaan di beberapa fasa bangunan rumah kedai di Bandar Armada Putra, di sini, yang terbiar sehingga penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu bimbang mendekati kawasan rumah kedai itu. [+]
          • Air atas bukit

            GOMBAK: “Dalam dua tahun sudah tiga kali saya mengganti mesin basuh akibat banjir lumpur di sini. [+]
          • Alat permainan rosak, berkarat

            SEREMBAN: Kebanyakan peralatan taman permainan di Taman Permai Fasa 2, di sini, rosak serta tidak sempurna, sekali gus berisiko membahayakan pengunjung taman itu terutama kanak-kanak. [+]
          • ‘Mandi’ air cuci lantai

            KUALA LUMPUR: Beberapa penghuni Venice Hill Condo, Cheras, di sini, kesal dengan tindakan segelintir penghuni kondominium itu membuang sampah dan mencurah air cucian lantai ke bawah sehingga mengancam penghuni di tingkat bawah. [+]
          • Tunggu lama belok kanan

            MELAKA: Saban hari pengguna jalan raya yang mahu membelok ke kanan menghala ke bulatan Ayer Molek dan kawasan sekitarnya menerusi simpang tiga Bukit Lintang/Kandang berdepan kesulitan berikutan bilangan kenderaan terlalu banyak menggunakan laluan itu setiap hari. [+]
          • Hanya 36 restoran capai gred amat bersih

            NILAI: Pengusaha kedai makan dan restoran di daerah ini diminta memberikan perhatian terhadap aspek kebersihan premis dan makanan bagi mengelak berlaku keracunan makanan dan penyakit berjangkit. [+]
          • Dah jenuh dijengah bah

            SEREMBAN: Penduduk di Kampung Dato’ Mansor, dekat sini, tidak sanggup lagi menghadapi masalah banjir setiap kali hujan lebat dan berharap pihak berwajib membantu menangani masalah itu segera. [+]
          • Longkang konkrit siap

            MELAKA: Kerja membina saluran longkang konkrit sepanjang kira-kira 50 meter berhampiran rumah penduduk di Jalan Tambak Rel, Kampung Bukit Lintang, Ayer Molek, di sini, yang siap minggu lalu melegakan penduduk di kawasan berkenaan. [+]
          • Sedia untuk berubah

            JASIN: Warga kerja Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) disaran supaya membuat perubahan ‘mind set’ atau anjakan paradigma dalam usaha menjana kecemerlangan perkhidmatan bersesuaian dengan alaf baru. [+]
          • Banteras iklan haram

            SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu meningkatkan usaha membanteras iklan haram di sekitar bandar raya ini berikutan peningkatan iklan berkenaan yang semakin berleluasa kebelakangan ini. [+]
          • Pengantin dibuai jengkaut

            BATU PAHAT: Setiap pasangan bergelar ‘Raja Sehari’ sudah pasti mahukan hari bersejarah itu dikenang sampai bila-bila dan pelbagai cara dilakukan bagi menjadikannya antara hari paling bermakna dalam hidup masing-masing. [+]
          • Susu ibu eksklusif untuk bayi

            BATU PAHAT: Penyusuan susu ibu sememangnya eksklusif kepada bayi terutama yang baru lahir hingga enam bulan pertama dan digalakkan berterusan hingga bayi berusia dua tahun. [+]
          • Karnival Raja Sehari bantu usahawan

            BATU PAHAT: Karnival pengantin dikenali sebagai ‘Karnival Raja Sehari’ di The Summit, di sini, baru-baru ini, membantu usahawan bidang berkenaan mengetengahkan produk jualan mereka. [+]
          • Suka bantu orang susah

            BUKIT MERTAJAM: “Saya menyertai aktiviti sukarela kerana suka membantu mereka yang di dalam kesusahan. [+]
          • Peniaga kecil terancam

            PARIT BUNTAR: Lebih 30,000 peniaga kecil dan penjaja di negeri ini bakal muflis akibat persaingan daripada pasar raya besar yang menawarkan barangan runcit pada harga terlalu rendah dan dianggap tidak munasabah. [+]
          • Perak perintis

            KUALA KANGSAR: Perak menjadi negeri perintis di Malaysia yang memperkenalkan Sistem Penapisan Tebing Sungai (RBF), bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air mentah selain mampu menjimatkan kos rawatan air bersih.[+]
          • Hidayah peluk Islam

            NIBONG TEBAL: “Pada mulanya, pak cik tak tahu apa itu Islam tetapi entah kenapa hati tertarik dengan agama ini ketika anak bongsu, Abdul Ghani, 38, mengajak pak cik memeluk Islam. [+]
          • Misteri kubur lama

            TASEK GELUGOR: Kewujudan sebuah kubur dipercayai berusia 200 tahun di tepi jalan dekat Permatang Tok Jaya, di sini, menjadi tanda tanya kerana kawasan berkenaan bukan tanah perkuburan. [+]
          • Warisi syiling Sepanyol RM16 juta

            BUTTERWORTH: Seorang pekerja swasta mendakwa memiliki duit syiling Sepanyol berusia 261 tahun dan kini bernilai lebih RM16 juta. [+]
          • Bekas SC dapat tanah

            GERIK: Pengorbanan lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC), memerangi komunis ketika zaman darurat mendapat penghargaan kerajaan negeri apabila mereka diberikan hadiah tanah untuk perumahan dan pertanian seluas 94 hektar. [+]
          • ‘Usah kerat kaki saya’

            BUTTERWORTH: “Saya sudah kehilangan kaki kiri dan tidak mahu kehilangan kaki kanan pula,” kata Nasir Khan Md Ismail, 39, yang terlantar di rumah sejak empat tahun lalu akibat kencing manis. [+]


            Sumber : Mymetro 17 Disember 2012

No comments:

Post a Comment