Thursday, 6 December 2012

Wanita Bertudung ATAU Menutup Aurat seikhlasnya menjadi IDAMAN ?? ;)


Assalamualaikum w.m.brkth semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , Azmi harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya insyallah amin dan dipermudahkan segala urusan harian kita dan yang mana2 tergendala tu insyallah akan berjalan dengan lancar dan impian kita didunia wal akhirat akan berjaya dan tercapai amin..Ok lah ye harini azmi nak berkongsi dan mengulas sedikit potongan ayat yang azmi karang oleh itu azmi ulas mengikut pendapat dan pandangan serta pengalaman azmi insyallah ...

Yang memakai tudung tidak selalunya menjadi pilihan , tetapi yang menutup aurat dengan penuh keikhlasan walau siapa dia sebelum ini dan sememangnya dia sentiasa ikhlas menjadi idaman ...tetapi jodoh kita ditangan tuhan jadi terimalah dan jagalah dan yang kurang kita perelokkan yang terdedah kita tutupkan ;) barulah imam yang hebat buakn hanya bercakap sahaja tapi kebih berkat dilakukan dengan perbuatan cewahh !!! "

oklah azmi mulakan ye...pada pandangan dan pengalaman azmi , perempuan yang bertudung itu memang ramai tambahan pula golongan wanita lebih banyak dari lelaki haa....pada pengalaman azmi SESETENGAH wanita yang sebelum ini bertudung dan mungkin tidak apabila mereka bertudung mereka mungkin rasa mereka telah menutup aurat mereka padahal masih ada yang belum tertutup . KERANA dalam islam sekiranya kita ingin menutup aurat biarlah menutup dengan sempurna kerana sekiranya kita menutup dengan tidak sempurna dan mengikut syariat islam WALLAHUALAM pada ilmu azmi yang cetek ini itu belum dikira menutup aurat sebab contoh la yee :


1. Bertudung TETAPI pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh badan ..DIKIRA ke tutup Aurat ??

2. Bertudung TETAPI melontarkan aurat suara iaitu dengan melenggokan dan alunan suara pada umum dan bukan muhrim ( Karaoke ) dikira ke tutup Aurat ??
3. Dan lain2 anda pun tahukan yang mana sebenar2nya aurat yang disebut dalam kitabullah ( Al-Quran) dan mana yang boleh dan mana yang tidak...
4. Berkasihan dan berepegangan tangan dengan orang yang bukan muhrim ...

Oleh itu...kenapa masih lagi kita mengambil perkara ini sebagai REMEH dan memandang enteng soal syariat islam  , Bukan Azmi hendak menghukum atau menjatuhkan hukum TETAPI hendak anda berfikir lagi2 orang perempuan ni..kalau dah bertudung tu cuba perbaiki hari demi hari insyallah allah akan membantu kalau kita betul2 mahu untuk bereubah..dan yang belum bertudung tu..cepat2lah menutup aurat sebab kita janagn tunggu bila hidayah allah itu sampai sebab Dalam Al-quran dah memang ada dan telah disyariatkan dalam islam kita mestilah kena ikut garis panduan tuuu..kalau nak tunggu ikhlas sampai bila2 pun payah , sebab kadang2 kita nak dengar orang tarbiah kita pun contoh macam ustaz pun kita buat2 tak dengar inikan pula kita nak cakap soal IKHLAS ?? x boleh biarlah kita rasa terpaksa menutup aurat dan dari keterpaksaan itulah kita insyallah akhirnya menemukan keihlasan sebab kadang2 yang syariat itu sifatnya terpaksa kita ikut dan itulah sebenarnya terbaik buat kita kalau kita betul2 nak ikut..jangan tunggu ada usatza yang best2 and kelakar2 baru kita nak datang ceramah kita sendiri yang KENA BERUBAH..insyallah hidayah tu akan datang nanti dan bila dah menutup aurat tu kekalkan yee :)


Oklah cukup setakat ini sahaja ulasan dan pandangan azmi harap anda boleh terima mungkin ada perkataan yang terguris hati tu maafkan yee..yang dah bertudung tu kekalkan yee dan perbaiki hari demi hari dan yang belum lagi tu azmi doakan yang terbaik insyallah adalah tu nanti dan rasanya anda dah boleh menutup aurat sekarang tauu..sebab " ajal tak tunggu tau taubat kita " tapi bila dah bertudung ajaklah kawan2 yang tak bertudung dan menutup aurat INSYALLAH hidup penuh dengan keberkatan kalau kita ada keikhlasan dihati :) da..n perempuan yang bertudung dan menutup aurat dengan seikhlas hati tu lah idaman hati setiap insan yang soleh dan lelaki2 soleh...xkiralah siapa kita sebelum ni yang jenis macam terdedah ke terbukak ke sampai orang sebelah terbeliak ke ..bila kita nak berubah Allah yang maha mengetahui dan janagn cepat mudah mengalah dengan tomahan dan cacian orang sekeliling dan hasutan manusia bertopengkan syaitan dan sebaliknya..


Salam Kemaafan & Terima kasih kerana sudi membaca , harap anda semua boleh menerima pandangan dan pengalaman saya serta jadikan ia sebagai satu motivasi bukan sebagai satu yang boleh menganggu emosi yee,, IKHLAS Azmi Alias untuk semua wslm :)


Ikhlas : azmi-alias.blogspot.com ( 6/12/2012 JUMAAT )



No comments:

Post a Comment