Friday 12 October 2012

My ALAF 21 ( 5 Novel terbaru )

KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.

Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.


Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.


Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri. Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?

Tajuk: Kala Mimpi Bersatu
Penulis: Emma Maizura
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-393-0
Halaman: ~512

Novel KALA MIMPI BERSATU telah berada di pasaran sejak Oktober 2008. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1092 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)








AMIE NAJLA nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu dalam terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali 

ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa.

Tajuk: Rindu Untuk Dia
Penulis: Dhiya Zafira
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-448-7
Halaman: ~512

Novel RINDU UNTUK DIA telah berada di pasaran sejak Ogos 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1068 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)






SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.

Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.


Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yu

suf yang merupakan pelajar senior di situ.

Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.

Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

Tajuk: Makna Cinta
Penulis: Maria Alina
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-449-4
Halaman: ~512

Novel MAKNA CINTA telah berada di pasaran sejak September 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1069 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)






MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri h

ati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.

Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?

Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...

Tajuk: Saksi Cinta
Penulis: Wana Amani
Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-457-9
Halaman: ~488

Novel SAKSI CINTA telah berada di pasaran sejak September 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1075 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)







TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bers


ama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Tajuk: Yang Sebenarnya
Penulis: Aisya Sofea
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-474-6
Halaman: ~512

Novel YANG SEBENARNYA telah berada di pasaran sejak Oktober 2009. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1642 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)






SOAL jodoh dan perjalanan hidup manusia ditentukan oleh ALLAH S.W.T. Pelbagai dugaan diberikan untuk melihat sejauh mana manusia itu bersabar dalam menghadapi ujian-NYA.

Begitulah hitam putih kehidupan yang telah dilalui Lidyahani. Perkahwinannya dengan Idham yang panas baran dan kaki pukul menyebabkan dia merana dan hidup dalam ketakutan. Kekecewaan dan penderitaannya sebagai seorang isteri yang tidak bahagia telah menemukan dia dengan Syamil, yang berstatus suami orang mel
alui internet.

Tewas melawan fitrah seorang wanita yang mahu dikasihi dan dicintai, perasaan Lidyahani terhadap Syamil semakin mendalam. Hubungan ini diketahui oleh Idham dan dia dipaksa melupakan lelaki itu. Hati Lidyahani terus terluka bila cinta Syamil hanya kerana wang ringgit. Tapi, dia redha andai itu sudah tersurat dalam hidupnya.

Tajuk: Redha Takdirmu
Penulis: Juriah Ishak
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-567-5
Halaman: ~512

Novel Nur REDHA TAKDIRMU telah berada di pasaran sejak Jun 2010. Lengkapkan koleksi anda dengan mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku seluruh negara!

Nak beli secara online? Jom klik http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2619 dan buat pesanan sekarang! Lebih cepat dan mudah! =)





















No comments:

Post a Comment