Wednesday 24 April 2013

Petua mengatasi Sakit gigi !!!! :)



Assalamualikum kepada semua pembaca blog azmi-alias.blogspot.com , hari ini hari khamis 25/4/2013 hari yang cerah boleh dikatakan ..azmi harap apa yang kita kerjakan selama hari ini diredhai allah dan apa jua perancangan kita menjadi dan harap hari demi hari yang kita tempuh bertambah baik insyallah ..today cehhh cakap omputih eh3 harinie azmi nak kongsikan sedikit sebanyak tips yang agak berguna pada kita semua iaitu mengenai " petua mengatasi sakit gigi " haa siapa pernah sakit gigi ?? meh3 baca and yang tak pernah tu jadiakn aianya sebagai ilmu ye ..ok layan gigigigigi 


Sakit gigi menyeksakan... boleh bagi kitqa jadi stress la kalau dah betul2 sakit kan ?? Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit....dan sekiranya anda mempun yai petu2 lain share ye :)


harap anda mendapat informasi yang baik serta boleh dijadikan sebagai rujukan suatau hari nanti insyallah ...

Sekian , Terima kasih 

azmi-alias.blogspot.com

No comments:

Post a Comment